Tiga menteri, tiga timbalan menteri dalam pelantikan baharu kabinet - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiga menteri, tiga timbalan menteri dalam pelantikan baharu kabinet



PUTRAJAYA, 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri baharu  daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA dan Gerakan, dalam barisan Kabinetnya.
Ketika membuat pengumuman itu pada sidang media di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, perdana menteri menamakan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dinamakan ialah tiga naib presiden MCA Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong  sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai TImbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dengan pelantikan Liow sebagai menteri pengangkutan, Najib mengesahkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.
“Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet begitu juga Gerakan,” kata Najib.
MCA sebelum ini memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri susulan prestasi kurang memberangsangkan semasa pilihan raya umum ke-13 tahun, namun memutuskan untuk kembali menyertai cabinet dan menduduki jawatan dalam kerajaan setelah mendapat sokongan majoriti dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada Februari lepas.
Sebelum ini, Najib dilapor berkata akan melantik Mah sebagai menteri jika menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu. Mah menang dengan majoriti 238 undi ke atas calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Najib berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenan untuk majlis angkat sumpah dan simpan rahsia anggota Kabinet baharu itu pada Jumaat ini di Istana Negara.
0 Komentar untuk "Tiga menteri, tiga timbalan menteri dalam pelantikan baharu kabinet"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI