Kalimah Allah: Jangan persoal keputusan Mahkamah Persekutuan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kalimah Allah: Jangan persoal keputusan Mahkamah Persekutuan

SEREMBAN, 26 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.
Katanya Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan berkenaan isu itu, tetapi didapati ada pula pihak-pihak tertentu mempersoalkan keputusannya.
“Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
“Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.
Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka,” katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.
Pada Isnin lepas, usaha Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu. – Bernama
0 Komentar untuk "Kalimah Allah: Jangan persoal keputusan Mahkamah Persekutuan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI