PENYANYI berbakat negara, Shila Amzah tetap syukur menduduki tangga ketiga dalam pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsa, China malam semalam.
Menerusi Twitternya, Shila menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada juara kepada pertandingan itu, Han Lei dari China.

"Tahniah kepada Han Lei, juara I Am A Singer 2," ujarnya.

Pertandingan I Am A Singer menyaksikan naib juara disandang oleh penyanyi dari Hong Kong, G.E.M.

Dalam pertandingan akhir tersebut, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe yang dinyanyikan oleh Whitney Houston dan Mariah Carey manakala di pusingan kedua pula, Shila melangkah solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

Sebelum menginjak ke pusingan akhir, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan menyandang tempat kedua dalam minggu ketujuh pada 21 Februari lalu.

Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China.

Trivia Shila Amzah di pertandingan‘I Am A Singer’.

· Minggu ketujuh (7) dengan lagu‘Xiang Ni De Ye’ Shila mendapat tempat kedua (2).

· Minggu kelapan (8), Shila mendapat tempat keempat (4) dengan lagu ‘Zui Chang De Dian Ying’.

· Minggu kesembilan (9), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu‘Listen’.

· Minggu kesepuluh (10), Shila mendapat tempat ketiga (3) dengan lagu‘Forever Love’.

· Minggu kesebelas (11), Shila mendapat tempat pertama (1) dengan lagu‘Rolling In The Deep’.

· Minggu kedua belas (12) (minggu separuh akhir), Shila mendapat tempat keenam (6) dengan lagu‘Yang Chong’.

· Shila berjaya mara ke minggu ketiga belas (13) iaitu minggu akhir.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shila-syukur-walau-tempat-ketiga-1.267396