PRK Kajang : Lim Kit Siang Mahu Calon BN Hilang Wang Deposit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PRK Kajang : Lim Kit Siang Mahu Calon BN Hilang Wang Deposit

AIDCNews – 15/3/14 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang berazam mahu jentera Pakatan bekerja keras bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kalah hingga hilang wang deposit.
“Dalam pilihan raya tahun lalu, 80 peratus pengundi Cina, 60 peratus India dan 35 peratus pengundi Melayu sokong PR. Kalau kita mahu menang kita kena berusaha.
“Kita perlu pengundi orang Cina 80-90 peratus, pengundi India 60-70 peratus dan pengundi Melayu daripada 35 peratus pergi ke 70 peratus tambahan 35 peratus.
“Ini bukan senang kerana kita akan berdepan dengan cabaran yang sangat sukar,” katanya ketika berucap di program Ceramah Perdana Pakatan Rakyat anjuran DAP di Taman Maju Satu, Jumaat, lapor bnbbc.my.
Jelasnya, sekiranya perkara itu mampu dicapai, bukan sahaja majoriti yang diperolehi PKR akan bertambah, malah ianya akan menyebabkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun hilang wang deposit.
“Bagaimana kita boleh menggegarkan dunia dalam PRK Kajang ini? Kalau kita boleh pastikan calon BN hilang deposit. Kita mahu PRK Kajang menjadi PRK yang paling popular dalam sejarah,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Ucapan Kit Siang itu merupakan ulangan kepada gesaan beliau sebelum ini yang mahu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) bersatu untuk memperolehi majoriti yang lebih besar di Kajang.
Tambahnya lagi, kegagalan PKR untuk menambah majoriti dalam PRK Kajang adalah bererti pembangkang sebenarnya telah tewas dalam pertandingan tersebut.
“PR bukan saja perlu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Kajang tetapi perlu menang dengan majoriti membanggakan dan mengejutkan di mana kita boleh menghantar mesej ke seluruh pelusuk negara iaitu Putrajaya akan bertukar pada PRU14.
“Kemenangan mudah di Kajang adalah kekalahan kita, ini yang perlu kita bagi perhatian,” katanya.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai terlalu angkuh dan sombong.
Beliau berkata menang atau kalah terletak di tangan 39,278 pengundi Kajang dan bukan seperti yang diuar-uarkan pemimpin lawan.
“Mereka angkuh kerana umumkan di pentas-pentas ceramah bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun (calon BN) akan hilang wang deposit. Tetapi mereka lupa kemenangan dalam pilihan raya adalah ditentukan oleh pengundi.
“Di sini saya ingin beritahu bahawa mereka kena ingat, bukan semua undi akan diberikan secara automatik kepada PKR (Parti Keadilan Rakyat). Ini hakikat yang mereka perlu ingat,” katanya kepada Bernama.
Liow berkata PKR juga dilihat terlalu ghairah untuk memastikan Chew kehilangan wang deposit sehingga terlupa tentang peranan yang perlu dimainkan calon mereka jika sekiranya bergelar wakil rakyat.


“Mereka hanya mahu menang di Kajang, tetapi BN melalui Chew dengan jelas mempunyai agenda dan perancangan yang jelas, malah komited membantu memperbetulkan masalah yang dihadapi penduduk di Kajang,” katanya.

0 Komentar untuk "PRK Kajang : Lim Kit Siang Mahu Calon BN Hilang Wang Deposit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI