Sudah-sudahlah Erma! - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sudah-sudahlah Erma!

KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula.  Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baku berjumlah RM11, 200.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sudah-sudahlah-erma-1.229555

Related Post

  • Erma Bayar Saman Rabecca Guna Syiling 5 Sen Oleh:Editorial MHTarikh: 4 Disember 2013 Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntu…
  • Sudah-sudahlah Erma! KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula.  Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh…
  • Erma: Siapa kata saya fail cerai? "FAIL cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini, macam mana pula orang lain l…
  • 'Erma Fatima tak profesional?' "HORMATI keputusan mahkamah dan gunakan cara profesional!," itulah antara kata-kata aktres cantik, Rabecca Nur Al-Is…
  • Bade tertekan! “RASANYA tidak ada apa yang saya boleh katakan. Saya sendiri memang tidak pernah bercerita mengenainya,” jelas…
0 Komentar untuk "Sudah-sudahlah Erma!"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI