Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok


PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu, 60, yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7.05 malam pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas Maghrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga empat orang anak.

 http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/11/11/mstar_hiburan/20131110224648&sec=mstar_hiburan

Related Post

  • 'Tak adil salahkan FINAS' Isu banyak filem tempatan tidak dapat sambutan perlu diselesaikan secara bersama karyawan filem Perbadanan Kemajuan…
  • Shila Amzah tiada masa bercinta? BUKAN sekali dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air. Selepas dikaitkan de…
  • Neelofa: Bukan tuah saya UCAP sahaja nama Neelofa, pasti akan terbayangkan gadis bertubuh genit dari Pasir Mas, Kelantan yang begitu pet…
  • Shila Hamzah Risau dituduh perampas Gambar Shila dan Johan bersama ibu masing-masing yang dimuat naik ke Instagram. Shila ulas gosip rapat dengan pe…
  • Jumpa Tun Dr Ismail dalam mimpi Zizan ajak generasi muda beri sokongan padu kepada filem Tanda Putera Mimpi bertemu dengan tokoh negarawan, Allah…
0 Komentar untuk "Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI