Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat

http://www.sinarharian.com.my/filem-tanda-putera-wajib-ditonton-semua-rakyat-1.196783

FILEM  'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang menemui penonton hari ini, kecuali di Pulau Pinang, 'wajib' ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, demikian menurut seorang pemimpin muda.
   
Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Lokman Noor Adam berkata beliau  telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan mengakui filem epik itu amat menyentuh emosinya.
   
"Hampir separuh daripada masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata.
   
"Selain mengisahkan jerih payah pimpinan negara mengembalikan kestabilan dan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei (1969) itu turut memaparkan pengorbanan (bekas Perdana Menteri) Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan (timbalannya) Tun Dr Ismail yang merahsiakan penyakit mereka demi memastikan kestabilan politik ketika itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi kononnya mengandungi unsur negatif dan fitnah.
   
Filem itu ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini. - Bernama
0 Komentar untuk "Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI