Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
BESUT - Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menunaikan kewajipan mengundi bagi PRK Dun Kuala Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini semalam.

Tengku Zaihan ditemani oleh isterinya dilihat masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 8 pagi sebaik sahaja proses pengundian bermula.

Pasangan tersebut berbaju sedondon warna merah sebagai simbolik keberanian.

Tengku Zaihan berkata, beliau yakin BN dapat mengekalkan kembali kerusi berkenaan.

"Saya yakin BN dapat pertahankan kerusi ini.

"Saya juga akan melawat semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berharap segalanya berjalan lancar," ," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau kemudian sempat bertemu dengan para pengundi sebelum ke lokasi lain.