Adi Putra dan Sherry
Adi Putra dan Sherry.
EPISOD terakhir drama bersiri, Teduhan Kasih yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra dan Sherry Ibrahim mencipta rekod dengan kadar tontotan 4.1 juta, Selasa lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan penonton untuk drama tersebut.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

“Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton  di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.