Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi KEDAH - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi KEDAH

Bagus la, dulu bila kerajaan Pakatan Rakyat Kedah buat kampus tetap Kolej Universiti Insaniah depa kata membazir, kerajaan negeri tak cukup duit, tup tup boleh pula ada projek RM 1.2b untuk buat pusat hiburan. Rupa2nya membina pusat hiburan lebih menguntungkan daripada membina pusat pengajian berdasarkan Islam. SYABAS MUKHRIZ.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130603/dn_15/Taman-tema-RM12b-dibina#ixzz2VA2TAS8h

Taman tema RM1.2b dibina

MUKHRIZ Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi, semalam. Turut hadir, Mohd. Rawi Abdul Hamid (dua, kiri) dan Norsabrina Mohd. Noor. - BERNAMA
LANGKAWI 2 Jun - Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.
"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pekan Artisan Sdn. Bhd. (Pekan Artisan) dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini hari ini.
LADA diwakili oleh Pengurus Besarnya, Tan Sri Khalid Ramli manakala Pekan Artisan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Wyatt.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Mohd. Rawi Abdul Hamid; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Norsabrina Mohd. Noor; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

0 Komentar untuk "Taman tema RM1.2b dibina di Langkawi KEDAH"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI