Syarikat PETRON - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

3 Komentar untuk "Syarikat PETRON"
Anonymous
delete

Salam saudara.

San Miguel adalah sebuah syarikat pengeluaran arak dari Filipina. Itu adalah hakikatnya. Kita tidak akan pertikaikannya.

Mirzan Mahathir adalah seorang tokoh korporat yang dihormati. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan . Ini juga adalah fakta.

Tetapi apa pula kaitan Mirzan dan San Miguel? San Miguel mempunyai kepentingan pelaburan bersama Q-Tech Alliance Holdings dimana pada tahun 2009, 49% saham dimiliki oleh Q-Tech Alliance Holdings melalui pembelian bernilai RM2.1 Billion. Ketika pembelian saham ini, Mirzan tidak mewakili mana-mana syarikat terbabit.

Q-Tech Alliance pula adalah sebuah syarikat pelaburan yang terlibat aktif dalam bidang perindustrian, infrastruktur, kemudahan awam dan gas asli.

San Miguel telah mengalami sejumlah kerugian apabila industri minuman keras mula menyusut. Satu plan transformasi telah dilakukan untuk merubah dari minuman keras ke industri yang lain. Disinilah bermulanya pelaburan diantara Q-Tech Alliance Holdings dan San Miguel. Bagi mencapai objektif transformasi syarikat ini, disinilah bermulanya peranan Mirzan. Mirzan dilantik atas kapasiti Q-Tech Alliance Holdings pada 2009, bukannya San Miguel. Ini kita perlu jelas. Ini kerana, Q-Tech Alliance Holdings sebagai sebuah syarikat pelaburan, menyedari kemampuan yang dimiliki oleh Mirzan, tokoh korporat dengan track record yang cemerlang.

Apa yang Mirzan lakukan? Beliau telah melakukan banyak pelaburan yang membanggakan. Pembelian saham Liberty Holdings, sebuah syarikat telco di Filipina. Mirzan juga berjaya mentranformasikan syarikat melalui projek Tarlac Pangasinan La UniĆ³n Expressway. Juga dengan pembelian saham Universal LRT Corp. Ltd yang menguasai Metro Rail Transit Line 7. Selain itu, pelaburan dalam sektor perlombongan menerusi pembelian Australia’s Indophil Resources. Malah dengan pembelian saham Philippine Airlines (PAL) Holdings.

Ini adalah kejayaan transformasi yang telah dibawakan oleh Mirzan. Berkaitan dengan pembelian Esso Malaysia Berhad pada tahun 2012, ketika itu Mirzan telah meletakkan jawatan sebagai CEO di Q-Tech Alliance Holdings. Ini fakta. Beliau tiada kepentigan dalam San Miguel, tetapi kepentingan dalam Q-Tech Alliance Holdings.

Esso kemudian telah melakukan penjenamaan semula kepada Exxon Mobil. Menyedari San Miguel Corporation dan Q-Tech Alliance Holdings perlu melantik seseorang yang berprofil tinggi untuk menjaga kepentingan perniagaan Exxon Mobil di Malaysia, maka Mirzan telah dilantik menjadi pengarah kerana kepercayaan atas kejayaan terhadap pelaburan terdahulu.

Persoalan saya, mentransformasikan sebuah syarikat berkaitan arak kepada industri yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat, adakah itu satu kesalahan? Bukankah itu juga satu bentuk jihad kecil dalam membanteras kemungkaran penjualan arak?

post ni ada sebut pasal Mirzan Mahathir ka? post ni nak bagitau syarikat Petron Malaysia adalah syarikat yang ada kaitan dengan arak.

apa-apa pun terima kasih di atas informasi tersebut

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI