Edisi Papua - Betulkah "Bekas Menantu" punca semua lingkup..?? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Edisi Papua - Betulkah "Bekas Menantu" punca semua lingkup..??

http://www.kedahlanie.info/2012/10/edisi-papua-betulkah-bekas-menantu.html


Banyak sudah diperkatakan tentang projek pembalakan dan perladangan di PNG. Tetapi semuanya tidak betul. Pembunuh sebenarnya ialah seorang insan bekas menantu MB Kedah yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan PMB Ked. Beliau adalah seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau mahu mengambil jawatan Pengurus KCB.

KCB telah disusun rapi untuk melonjak menerusi projek ini walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kerenah terutama dalam projek peninggalan 99 East di mana jelas penyelewengan. Tanah-tanah kerajaan dianugerah begitu saja kepada Terra Monda. Bukan sekadar tanah kerajaan, tetapi juga tanah-tanah Yiked, Majuikan dan persaorangan.

KCB juga mendapat balak di atas lebuhraya dari Durian Burung ke Baling tetapi semuanya telah disamun oleh pemerintahan dahulu. Untuk menghilangkan kesan-kesannya, sehingga 'site-office' dibakar.

Berbalik pada kisah pembunuh projek PNG.

Bekas menantu MB ini telah berusaha menikam Ketua Pegawai Eksekutif PMB Ked. Berbagai-bagai ancaman dan muslihat dibuat.

Tetapi beliau tidak berjaya kerana Pengurus KCB masih bersama Ketua Pegawai Eksekutif itu. Jadi langkah seterusnya ialah dengan memberhentikan Pengurus KCB. Beliau tidak ada isu untuk memberhentikan Pengurus itu, lalu ia menghasut MB untuk menahan gaji Pengurus KCB. Setelah tiga bulan tidak mendapat gaji, beliau mengambil tindakan mahkamah dibawah alasan "constructive dismissal". Difahamkan beliau menang dalam kes ini.

Setelah beliau berhenti, pengurusan KCB yang baru pergi ke PNG dan menjemput beberapa orang PNG datang ke Kedah sebagai tetamu KCB. Mereka masih meneruskan projek ini. Tiba-tiba projek ini meletup lama selepas beliau berhenti. Apakah adil beliau dipersalahkan selepas beliau lama berhenti secara "constructive dismissal" dan beliau tidak diberi peluang membela diri? Dan selepas beliau berhenti pengurusan baru masih meneruskan projek ini?

Apa pun diucapkan syabas pada bekas menantu menteri besar itu kerana berjaya mengkucar-kacirkan Negeri Kedah. Difahamkan juga Projek Ikan Keli di Sik juga mengalami keadaan yang sama di mana konsultan projek itu meninggalkan projek kerana campurtangan beliau. 

Jelas di mana sahaja penglibatan beliau projek itu akan gagal. Justeru, beliaulah pembunuhnya.

0 Komentar untuk "Edisi Papua - Betulkah "Bekas Menantu" punca semua lingkup..?? "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI