mStar Online : RMK10 - Bandar Raya
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau "Greater KL" akan dijadikan bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, bekerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, keselesaan hidup di bandar raya adalah faktor penting untuk mendapatkan modal insan yang berkemahiran tinggi di persada global.
"Seseorang memilih sesuatu bandar untuk menetap bukan sahaja kerana adanya peluang pekerjaan tetapi mereka juga mencari tempat yang berdaya maju dan sesuai untuk didiami," kata laporan itu.
Antara inisiatif utama yang dirancang dalam RMK10 bagi tujuan itu ialah;
* Pembangunan wilayah kewangan antarabangsa, pembangunan semula lapangan terbang Sungai Besi, pembangunan perbandaran Sungai Buloh, penubuhan kemudahan konvensyen bertaraf bertaraf dunia yang bersepadu, Pusat Malaysia Truly Asia.
* Pelaburan besar dalam pengangkutan awam termasuk perluasan liputan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kuala Lumpur dan pelaksanaan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) secara besar-besaran.
* Pembangunan semula bandar untuk memulih dan melindungi bangunan warisan serta meningkatkan nilai tanah seperti pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Menurut laporan itu, Kuala Lumpur adalah bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik selain berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan.
Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih.
Bandar lain seperti George Town, Johor Baharu, Kuching dan Kota Kinabalu juga dirancang supaya menjadi lebih menarik dan selesa untuk didiami dengan ruang seperti taman, dataran awam, laluan pejalan kaki serta tebingan sungai.
Mengikut unjuran pertumbuhan semasa, kawasan bandar di Semenanjung Malaysia perlu menampung pertambahan enam juta penduduk bagi tempoh 2010 hingga 2020 manakala pembangunan di Greater KL adalah terhad dan tidak dapat menampung permintaan yang meningkat.
Justeru, langkah akan diambil untuk memastikan setiap bandar satelit atau bandar di sekeliling pusat bandar utama menjadi tempat yang berdaya maju untuk didiami, bekerja dan beriadah. - BERNAMA
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Hadi punca gagalnya impian Putrajaya Pakatan, kata penganalisis
Penganalisis berkata impian Pakatan Rakyat untuk tawan Putrajaya tidak akan berjaya selagi PAS diterajui Presidennya …
Menantu Haji Hadi: Fitnah Kereta Dan Saham.
Pada 13 September 2014 saya dah tulis dalam timeline saya bahawa saya dapat maklumat daripada kawan yang ma…
PAS Harap Mat Sabu Tidak Tinggalkan Parti
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diminta untuk kekal dalam PAS dan meneruskan agenda perjuanga…
Ucapan penggulungan Hadi berita buruk buat Pakatan
Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar PAS semalam 'seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan …
Dr Zuhdi : Krisis Selangor Uji Kesetiaan Ahli PAS Terhadap Abdul Hadi
SABAK BERNAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki memberi peringatan kepada ahli-ahli PAS untuk tetap patu…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
JANGKA masa bagi Rundingan Perdagangan Doha yang ditetapkan enam tahun lalu bagi merangsang ekonomi dunia serta menghapus kemiskinan yang di...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
LGE said:: BN and UMNO conducts the Teluk Intan by-election in the same manner they run the country, by appealing to your worst fears and u...
-
Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 di Sabah. P.167 KUDAT Pengundi: 52,251 (M-6.41%, C-9.39%, I-0.16%, B-72.84%...
-
KUALA LUMPUR - Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-un...
-
http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=219&t=15938 Police force needs to be bolder and ready to face change KUALA LUMPUR:...
-
SHAH ALAM - Orang yang beragama Islam meninggalkan Islam bukan kerana merasa agama lain itu lebih bagus daripada Islam, kata Dekan Hal E...
-
IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat seb...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Bandar Raya"