Malas nak komen pasal artikel ni
Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin hari ini mendesak ahli-ahli Pakatan Rakyat supaya menghentikan fitnah ke atas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan menjadi ADUN Bebas.
"Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com/ semalam.
Beliau berkata, Radzhi meletak jawatan dalam Pakatan kerana masalah-masalah polisi dan prinsip dan bukannya berkaitan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Menurut Zulkifli, segelintir ahli-ahli PKR menuduh Radzhi meletak jawatan kerana pelbagai sebab termasuk beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masalah disiplin dan ada yang menuduh beliau menerima rasuah sebanyak RM4 juta daripada Umno.
"Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita (Pakatan) menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai," katanya.
Zulkifli berkata, Radzhi sangat komited dan berdedikasi semasa menjalankan tugasnya sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia dan hanya Sultan Kedah mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada beliau perlu kekal sebagai Exco.
Dalam blognya, Zulkifli turut memberitahu mengenai usaha-usaha yang dilakukan Radzhi untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi "syariah compliance" dan "halal tourism" untuk menarik lebih pelancong dari Asia Barat.
"Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah.
"Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini," katanya.
Berhubung isu kaum Melayu di Malaysia yang tidak bersatu sejak pilihan raya umum 2008, Zulkifli berkata, Radzhi adalah antara orang yang paling sedih tentang perkara itu.
"Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar," katanya.
Zulkifli berkata, Radzhi turut berhadapan dengan masalah kewangan untuk memantau dan menguruskan DUN Lunas.
Katanya, ADUN daripada Pakatan terutamanya di Kedah tidak menerima sebarang bantuan kewangan atau dana.
"Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan," katanya.
Zulkifli turut mempersoalkan mengapa ahli-ahli Pakatan mendesak Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN sedangkan semasa ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim meninggalkan Umno untuk menyertai PKR, dan kemudian kembali semula menyertai Umno, PKR tidak memaksa beliau meletak jawatan.
"Melainkan kita ini pengamal fahaman 'double-standard', saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten," katanya.
BERITA INFORMASI TERKINI
Home
»
Mohammad Radzhi Salleh ADUN Lunas PKR
»
Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru PKR
»
Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi
Related Post
Azizan serah kedudukan ADUN Lunas kepada pucuk pimpinan PKRAzizan serah kedudukan ADUN Lunas kepada pucuk pimpinan PKRBUKIT MERTAJAM: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul R…
ADUN Lunas keluar PKRADUN Lunas keluar PKR Mohd. Radzhi Salleh KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzh…
Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas RadhziMalas nak komen pasal artikel niZulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas RadhziPETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-…
Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluarSetelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluarWartawan HarakahdailySun | Aug 23, 09 | 5:21:28 pm MYTALOR SETAR, 23 Ogos…
Exco Kedah: PKR minta MB gugurkan ADUN Lunasalahai, kemaruk kuasa ker? jadi EXCO pon atas kapasiti PKR, kalau keluar PKR letak jawatan sekali EXCO ler. Tah Tahu mal…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi"