Nizar, letak jer jawatan. Bola sepak buat masa sekarang tak penting. Jangan bebankan pihak lain dengan masalah politik
Nizar patut lepas jawatan Presiden PAFA - Zambry
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sepatutnya meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) setelah para pemain skuad Seladang tidak dibayar gaji mulai bulan lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi membolehkan persatuan itu diambil alih oleh pihak yang lebih berkemampuan.
''Saya sebenarnya tidak tahu masalah ini sehingga diberitahu anda (wartawan). Saya akan arah Exco Belia dan Sukan, Zainol Fadzi Paharuddin lihat dan kaji masalah itu.
''Kalau macam itu saya rasa beliau (Nizar) patut letak jawatan Presiden PAFA. Tapi tak tahulah kalau dia nak lagi jawatan itu kerana rasa masih lagi menjadi Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.
Menurut sumber dalaman PAFA, para pemain Perak yang semuanya terdiri daripada pemain muda tempatan menerima gaji terakhir pada Mei.
Mereka yang kini 'kekeringan' masih lagi meneruskan perjuangan dalam Liga Super tetapi menerima tamparan hebat apabila tewas kepada Johor FC 0-3 di Ipoh malam semalam.
Nizar yang memegang jawatan Presiden PAFA sejak November 2008 akan kekal dengan jawatan berkenaan hingga November 2010 kecuali meletak jawatan secara sukarela.
Bagaimanapun, para pemain Perak harus menarik nafas lega kerana Zambry sudah memberi jaminan akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.
Ini kerana, sukan bola sepak amat diminati oleh penduduk negeri ini dan mereka amat menyayangi pasukan Seladang yang berjaya mencatat pelbagai kejayaan sebelum ini.
''Kita (kerajaan negeri) akan tolong...mana boleh kita biarkan keadaan macam itu berlaku," kata Zambry yang jelas sekali mahu melihat pasukan bola sepak Perak bangkit meraih kejuaraan pada masa akan datang.
Kewangan Perak kini makin tenat
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bahrian.com.my
Nizar diminta lepas jawatan Presiden Pafa
PETANDA betapa parahnya situasi kewangan yang membelenggu kancah Liga Malaysia kian ketara apabila Perak pula menjadi pasukan terbaru menghantar isyarat 'SOS' kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Nizar Jamaluddin hadir ke Wisma FAM dan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Namun, tidak seperti dua pasukan sebelum ini - Perlis dan UPB-MyTeam - yang mengancam mahu menarik diri daripada saingan Piala Malaysia, musim ini, Perak tidak berdepan masalah untuk menamatkan saingan musim ini.
Nada bimbang Pafa lebih terarah kepada belanjawan musim depan dan juga belenggu bayaran tertunggak gaji pemain serta jurulatih musim lalu, Steve Darby yang setakat ini masih belum dilunaskan.
"Ya, saya berjumpa dengan Nizar pagi tadi (semalam) dan dia menyuarakan kebimbangan berhubung kewangan Pafa untuk menghadapi saingan Liga-M, musim depan, serta ingin mendapatkan apa saja bantuan kewangan yang boleh diberi FAM.
"Saya minta Nizar menghantar surat berhubung perkara ini dan ia akan disampaikan sendiri kepada Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah).
"Memang sudah terdapat beberapa pasukan lain yang turut memohon bantuan FAM, tetapi sukar jika mereka hanya bergantung kepada FAM dan setiap negeri dan kelab juga perlu meningkatkan usaha memperbaiki keadaan kewangan mereka," kata Azzuddin yang ditemui pada majlis pelancaran Piala Selangor di Shah Alam bagi perlawanan menentang kelab Indonesia, Persib Bandung pada 31 Julai ini.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir minta Nizar melepaskan jawatan Presiden Pafa untuk membuka laluan kepada individu lain menerajui persatuan berkenaan.
Zambry berkata kedudukan kewangan persatuan kini tenat dan wajar seorang pemimpin yang mampu menangani masalah berkenaan dibenarkan menerajui persatuan itu.
BERITA INFORMASI TERKINI
Home
»
SUKAN BOLA SEPAK
»
SUKAN : KHAMIS 02 JULAI 2009 - Nizar patut lepas jawatan Presiden PAFA - Zambry
Related Post
SUKAN : SABTU 11 JULAI 2009 - Nizar cari waktu sesuaiNizar cari waktu sesuaiNizar cari waktu sesuaiIPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sem…
SUKAN RABU 01 JULAI 2009 : MyTeam perlu fikir niat tarik diriMyTeam perlu fikir niat tarik diriOleh Ahmad Khawari Isaahmadkhawari@bharian.com.myADA 'bahaya' menanti UPB-MyTeam yang …
SUKAN : KHAMIS 02 JULAI 2009 - Nizar patut lepas jawatan Presiden PAFA - ZambryNizar, letak jer jawatan. Bola sepak buat masa sekarang tak penting. Jangan bebankan pihak lain dengan masalah politikNi…
BOLA SEPAK : AHAD 05 JULAI 2009'Pemain sekarang kurang cintakan bola sepak'Adalah lebih baik dikembalikan format Semi-Pro: SantokhPEMAIN bola sepak seb…
SUKAN : SELASA 07 JULAI 2009 - UPB-MyTeam tak boleh tarik diriUPB-MyTeam tak boleh tarik diriPETALING JAYA - Pasukan UPB-MyTeam, yang kini berhadapan dengan masalah kewangan, tidak d…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "SUKAN : KHAMIS 02 JULAI 2009 - Nizar patut lepas jawatan Presiden PAFA - Zambry"