DAP KEDAH Amalkan Politik Tadika - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP KEDAH Amalkan Politik Tadika

Teruskanlah DAP KEDAH memainkan politik tadika. Yang akan rugi ialah org Cina di Kedah apabila suara mereka akan berkurangan. Ingatlah di KEDAH 80% adalah Melayu ISLAM. Penyokong PR dr Melayu ISLAM merangkumi 40%, manakala lebih kurang 15% lagi adalah dr bukan MELAYU. Adakah DAP hendak PAS menggadaikan suara 40% orang MELAYU semata2 untuk mendengar suara 15% yg belum tentu mewakili suara sebenar dan kehendak mereka?
KEDAH bukannya seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor di mana majoriti bukan Melayu hampir sama dgn majoriti MELAYU, jadi corak pemerintahan juga lain. Bukan semua suara kaum boleh ditunaikan dlm hal2 tertentu. Kalau di Pulau Pinang suara PAS diketepikan, di PERAK isu TANAH 999 tahun dan di Selangor isu kandang BABI dimainkan, PAS tetap kukuh menyokong walaupon apa yg di buat itu boleh memudaratkan PAS, tetapi disebabkan PAS tidak mementingkan politik sempit, PAS tidak melayan perasaan seperti UMNO.

Kepada penyokong2 DAP yg masih lagi bersama kerajaan, pilihlah yg mana lebih baik untuk masa depan orang Cina di Kedah, adakah menyokong perjuangan kaum yg sempit ataupon bersama menolong nasib kaum Cina yg sebenarnya?


ADUN tunggal DAP Kedah isytihar diri bebas dan berkecuali

Lee berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum lepas. "Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa Menteri Besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAs) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru", katanya.

Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata selain Lee yang akan bertindak seperti ADUN bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka
0 Komentar untuk "DAP KEDAH Amalkan Politik Tadika"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI