Husam Musa tanding Timbalan Presiden - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Husam Musa tanding Timbalan Presiden



Husam tanding Timbalan Presiden


Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa sahkan beliau akan mencabar Nasharuddin Mat Isa merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.

"Saya buat keputusan muktamad pagi tadi...saya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Ditanya sama ada tindakan beliau melawan Nasharuddin akan menjejaskan perpaduan dalam PAS, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, beliau tidak mencabar Nasharuddin.

"Saya cuma tawar diri (bertanding)," katanya.

Husam memberitahu beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian apabila menemui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.


Timbalan Presiden: Nasharuddin umum pertahan jawatan

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Nasharuddin Mat Isa akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS yang disandangnya pada pemilihan parti yang akan berlansung pada awal bulan Jun ini.

“Saya akan tetap bertanding jawatan itu (Timbalan Presiden). Saya tak akan tarik diri,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian beliau sama ada bertanding atau sebaliknya jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS yang ke-55 pada 2 hingga 6 Jun ini.

“Saya sudah lama menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan. Kenapa perlu tarik diri bila saya sudah cukup pencalonan ?,” katanya.

Nasharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendiriannya itu.

“Saya akan beri kenyataan lanjut mengenainya dua atau tiga hari lagi. Tunggu lah selepas jawatankuasa pemilihan umumkan calon-calon yang layak bertanding esok,” katanya.

Hari ini merupakan tarikh tutup bagi setiap calon menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding, mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin menarik apabila, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan penarikan diri masing-masing daripada bertanding jawatan tersebut minggu lalu.

Ia sekali gus membuka ruang kepada pertarungan tiga penjuru antara penyandang, Nasharuddin, Husam Musa dan Mat Sabu.

Persaingan antara calon-calon yang layak bertanding pada pemilihan PAS kali ini dikaitkan dengan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.

Penarikan diri Haron dan Azizan itu membolehkan Nasharudin muncul sebagai calon tunggal mewakili aspirasi kepimpinan ulama.
0 Komentar untuk "Husam Musa tanding Timbalan Presiden"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI