Tapak masjid dicemari babi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tapak masjid dicemari babi

Tindakan ahli politik Itali hina rumah ibadat dikecam penduduk, Datuk Bandar Padua

ROME: Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Itali yang kini menganggotai Parti Liga Utara (LN) berhaluan kanan, Mariella Mazzetto, mengundang kritikan pedas selepas melancarkan perarakan babi di tapak sebuah masjid yang akan dibina di bandar raya Padua.

"Tindak tanduk ini tidak diterima di Padua dan saya percaya ramai penduduk berasa malu. Sekurang-kurangnya 7,000 penduduk dari pelbagai negara Islam tinggal di sini dan kami hidup dengan aman.

"Perbuatannya itu bertentangan (dengan usaha ke arah keamanan)," kata Datuk Bandar Padua, Flavio Zanonato, dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.


Katanya, perarakan itu mengancam keamanan yang wujud antara penduduk Islam dan bukan Islam di Padua.

Mazzetto, bekas Timbalan Menteri Pendidikan pada 1994 hingga 1995 ketika pemerintahan kerajaan berhaluan kanan, Silvio Berlusconi, bersama-sama 10 anggota LN membawa babi bersiar-siar di tapak yang dicadangkan menjadi lokasi pembinaan sebuah masjid.

"Kami 'dirahmati' dengan hakikat pihak berkuasa Padua mahu berpindah bagi masjid itu. Ia persoalan mempertahankan identiti Kristian Itali," katanya.


Umat Islam diharamkan memakan babi dan keturunannya.

September lalu, Senator Roberto Calderoli dari LN menaikkan kemarahan umat Islam dengan desakan mengadakan bantahan 'Hari Babi' sebagai membantah pembinaan masjid di Bologna.

Tahun lalu, penunjuk perasaan meninggalkan kepala babi di kawasan pembinaan masjid di bandar raya Tuscany.

Walaupun memakai garis sama anti-masjid, anggota parti Mazzetto sebaliknya menolak cara dia membantah pembinaan masjid baru di Padua itu.

"Tindakan di Padua diwajarkan dari segi niatnya, tetapi dari segi kaedah, kita memerlukan inisiatif yang membuatkan orang ramai bersimpati, ini bukan caranya," kata pemimpin blok Parlimen LN, Roberto Maroni.

Ketegangan memuncak berulang kali antara komuniti di negara Katolik itu berhubung tapak masjid baru untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin bertambah.

Penduduk Islam Itali berjumlah kira-kira 1.2 juta termasuk 20,000 rakyat asal negara itu yang memeluk Islam, menurut anggaran tidak rasmi. � Agensi

Related Post

  • GLOBAL : RABU 19 OGOS 2009ASEAN bincang pembebasan Suu KyiSINGAPURA 18 Ogos - Para pegawai ASEAN akan membincangkan cadanganThailand untuk mengemu…
  • RENCANA : RABU 19 OGOS 2009Anugerah iktiraf ikon negaraJIKA ditanya kepada generasi muda tentang ikon dalam industri hiburan,mudah sahaja untuk mer…
  • AGAMA : RABU 19 OGOS 2009Mekah dan kelebihannyaFirman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud:Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-m…
  • NASIONAL : RABU 19 OGOS 2009Pertahan kontrak sosialALOR SETAR 18 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah(gambar ) bertitah, negara aka…
  • POLITIK : RABU 19 OGOS 2009Pas jangan pertikai calon BNBUTTERWORTH 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othmanadalah pilihan terbaik unt…
0 Komentar untuk "Tapak masjid dicemari babi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI