SATU pintu gerbang memaparkan ungkapan ‘Ke Arah Sebuah Negara Membangun’ menyambut pengunjung yang tiba di Myanmar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon. Kebanyakan warga asing akan mengecam ungkapan itu sebagai tidak lebih daripada propaganda junta tentera yang mentadbir negara itu. Tetapi itulah harapan dan wawasan rakyat Myanmar tidak kira mereka memihak kepada pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi atau junta.
Sekumpulan wartawan Asean berpeluang melawat negara itu baru-baru ini, tidak sampai sebulan selepas tindakan keras tentera terhadap bantahan diketuai sami Buddha di Yangon.
Tetapi mereka terkejut kerana Yangon sudah kembali pulih seperti sedia kala dan hanya sebilangan kecil anggota tentera yang kelihatan. Ini dengan jelas bertentangan dengan tanggapan umum bahawa negara itu berada dalam keadaan huru-hara dan tidak selamat bagi warga asing, angkara media tertentu. Bagaimanapun, kesengsaraan rakyat kerana sekatan dikenakan Barat adalah jelas.
Keadaan ketenteraman awam juga baik dan menghairankan kerana baru hampir sebulan lalu, seorang jurugambar media ditembak mati ketika bantahan di atas jalan yang bertukar menjadi rusuhan.
Lawatan itu sebahagian daripada program lawatan wartawan Asean di bawah naungan Jawatankuasa-Kecil Asean mengenai Penerangan (Asean-COCI), daripada 25 hingga 29 Oktober lalu. Sejumlah 18 wartawan daripada sembilan negara Asean menyertai lawatan itu.
Dalam pertemuan antara wartawan Asean dan Persatuan Penulis dan Wartawan Myanmar (MWJA), media Barat dibidas kerana laporan berat sebelah mengenai perkembangan di Myanmar khasnya terhadap rusuhan oleh penyokong Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) yang diketuai Suu Kyi.
“Laporan berat sebelah ini memberi gambaran salah keadaan sebenar di Myanmar. Media Barat menggambarkan penyokong NLD sebagai berjuang untuk membebaskan rakyat Myanmar daripada satu sistem penindasan yang membawa kesengsaraan kepada semua,” kata Setiausaha MWJA, Dr Tin Tun Oo.
“Saya bukan menyokong kerajaan junta. Tetapi mana-mana kerajaan, tidak kira sistem pemerintahan mana, bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Sebagai contoh jika berlaku rusuhan di negara anda dan orang ramai tidak dapat dikawal, apa tindakan perlu diambil kerajaan anda untuk mengawal keadaan?” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Sejarah Myanmar, Dr Khin Maung Nyut, berkata laporan negatif yang digembar-gemburkan mengenai Myanmar oleh media Barat bukanlah sesuatu yang baru.
“Mereka melakukannya selama ini. Agenda mereka adalah menggulingkan kerajaan tentera tetapi perbuatan mereka hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat, dan menakutkan warga asing dan pelabur,” katanya.
Kumpulan wartawan dibawa ke pusat pentadbiran baru Myanmar iaitu NayPyiTaw, kiar-kira 400 kilometer dari Yangon, yang mengambil masa satu jam untuk sampai dengan penerbangan. Mereka diberi taklimat akan pelbagai rancangan pembangunan negara itu dan masalah yang dihadapi kerana sekatan. – Bernama
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://www.astroawani.com/news/show/perjalanan-seorang-free-thinker-ke-islam-18678 KUALA LUMPUR : Bulan suci Ramadan menguji keimanan um...
-
Jaringan Syakir, Zack pastikan Harimau Muda kukuh di persada Oleh Rizar Mohd Noor, Hamid Salleh dan Nazri Abu Bakar bhusukan@bharian.com.my...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Myanmar tak seteruk dilapor media Barat"