PHNOM PENH: Tribunal penghapusan kaum di Kemboja menahan bekas Ketua Negara Khmer Rouge semalam selepas beliau dibenarkan keluar dari sebuah hospital di ibu negara, kata pihak berkuasa.
Khieu Samphan, 76, adalah pegawai kanan Khmer Rouge kelima ditahan oleh tribunal yang lama ditangguhkan menjelang perbicaraan yang dijangka tahun depan.
Polis mengiringi Khieu Samphan dari hospital Phnom Penh dengan membantu memimpin tangannya dan membawa beliau ke sebuah kereta polis yang meluncur laju bersama satu konvoi enam kenderaan polis sebelum seorang jurucakap tribunal mengesahkan penahanannya.
Khieu Samphan dimasukkan ke hospital Rabu lalu untuk rawatan akibat strok.
“Khieu Samphan, bekas ketua negara Demokratik Kampuchea ditahan,” kata jurucakap tribunal, Reach Sambath merujuk kepada nama Kemboja ketika rejim Khmer Rouge.
Katanya, satu kenyataan bersama maklumat lanjut akan disiarkan kemudian. Penahanan Khieu Samphan oleh tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah dijangka.
Sebelum ini, isteri Khieu Samphan berkata suaminya tidak akan menyerah diri secara sukarela kepada tribunal pembunuhan beramai-ramai.
“Dia akan ke tribunal jika ada perintah, bila ada waran,” kata Sor Socheat sehari selepas dua ahli dalaman rejim ditahan secara rasmi oleh tribunal.
Tribunal terbabit sudah menahan empat rakan beliau untuk berhadapan dengan perbicaraan pembunuhan beramai-ramai ketika pemerintahan rejim mulai 1975-1979 yang membawa kepada kematian sejumlah 1.7 juta penduduk.
Minggu lalu, pihak berkuasa menahan Ieng Sary, bekas Menteri Luar Khmer Rouge dan isterinya, Ieng Thirith, Menteri Hal Ehwal Sosial.
Kedua-dua mereka didakwa dengan jenayah kemanusiaan manakala Ieng Sary turut didakwa melakukan jenayah perang.
Tribunal berkenaan menempatkan mereka dalam tahanan sementara sehingga setahun.
Dua lagi suspek, bekas ideologis Khmer Rouge, Nuon Chea dan Kaing Guek Eav yang juga dikenali sebagai Duch ditahan awal tahun ini atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
Penahanan suspek Khmer Rouge berlaku hampir tiga dekad selepas kumpulan terbabit hilang kuasa tetapi kebanyakan bimbang jika suspek yang sudah berusia akan mati sebelum sempat dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas kesalahan yang dilakukan mereka. – AP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
LEBIH profesional. Itu gambaran yang boleh diberikan sepanjang perjalanan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dun Perak ke-13 y...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
GEORGETOWN - Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim menerima surat yang memaklumkannya dikeluarkan dari se...
-
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/28/mstar_berita/20130628091601&sec=mstar_berita Oleh JOCELINE TAN Azali...
-
Sebelum ini juga, saya mempertikaikan kesahihan samaada Nabi Sulaiman AS benar-benar berada di Indonesia sepertimana yang diceritakan dalam ...
-
Saifuddin Nasution menulis dalam facebooknya "Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Ser...
-
KOTA BHARU - Penyebaran beberapa isu kontroversi yang bercanggah dengan agama secara meluas di laman sosial dianggap salah satu usaha I...
-
Kemenangan bersejarah Afdlin PELAKON dan pengarah Afdlin Shauki merupakan finalis dalam FestivalFilem Malaysia ke-22 ( FFM22 ) yang paling b...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "Khieu Samphan ditahan tribunal"