5 petisyen bantah pilih semula Musharraf ditolak - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

5 petisyen bantah pilih semula Musharraf ditolak



BANTAH: Jemima, bekas isteri tokoh pembangkang dan legenda kriket Pakistan, Imran Khan menyertai tunjuk perasaan di London, kelmarin.

Mahkamah Agung Pakistan lulus desakan siasat kesahihan undi

ISLAMABAD: Mahkamah Agung Pakistan, semalam menolak lima daripada enam petisyen membantah pemilihan semula Pervez Musharraf sebagai presiden negara itu, sekali gus memberi peluang kemenangan kepada beliau, manakala penganalisis melihat perkembangan ini mampu mengakhiri krisis politik negara itu.

Musharraf sebelum ini berjanji untuk meletak jawatan sebagai ketua tentera, satu daripada tuntutan utama pembangkang dan masyarakat antarabangsa, sebaik saja Mahkamah Agung mengesahkan kemenangannya pada pemilihan calon presiden bulan lalu.


Mahkamah yang sebelum ini disingkirkan Musharraf berikutan perisytiharan undang-undang darurat, menolak semua kecuali satu, iaitu petisyen membantah kesahihan undi yang akan didengar menjelang akhir minggu ini.

Pada masa sama, pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto mengadakan perbincangan dengan diplomat kanan Amerika di Pakistan, selepas Washington menggesa beliau dan Musharraf kembali ke meja rundingan perkongsian kuasa yang menemui jalan buntu selepas undang-undang darurat diisytiharkan.

Benazir yang pada minggu lalu berkata beliau tidak mahu meneruskan rundingan dan berikrar tidak akan bekerjasama dengan Musharraf dalam kerajaan, menolak mengulas perkara itu dalam satu temuramah dengan saluran berita CNN kelmarin.

Beliau bagaimanapun tetap bertegas dengan tuntutannya termasuk peletakan jawatan Musharraf sebagai ketua tentera, seperti yang dijanjikan selepas pemimpin itu menang dalam tuntutan di mahkamah,

"Mahkamah menolak semua lima manakala satu lagi akan didengar Khamis ini," kata peguam negara Malik Mohammad Qayyum.

Semua media antarabangsa dan kebanyakan media tempatan, dihalang menghampiri bangunan mahkamah yang dikawal ketat.

Parti pimpinan Benazir, awal semalam berkata, ia menarik balik tuntutannya berikutan tidak mengiktiraf mahkamah baru, yang mengangkat sumpah menurut undang-undang darurat. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada tuntutan itu termasuk lima petisyen yang dirujuk Qayyum.

Mahkamah Agung disingkirkan selepas undang-undang darurat dikuatkuasakan pada 3 November dengan bekas ketua dan kebanyakan hakim dipecat apabila enggan mengangkat sumpah baru.

Musharraf turut mempertahankan tindakannya mengisytiharkan undang-undang darurat 'demi kepentingan negara' berikrar akan mengadakan satu pilihan raya yang telus dan adil dan mengecam ancaman pembangkang untuk memulaukan pilihan raya. - AFP

Related Post

  • HIBURAN : KHAMIS 13 OGOS 2009Pengalaman mematangkan ShilaKEHADIRANNYA di persada seni tanah air pada tahun 1999 lewat menerusialbum pertamanya, Terim…
  • AGAMA : KHAMIS 13 OGOS 2009Keperibadian ahli hadisImam Al-SyafieAhli Perkim digalak amalkan tai chiISLAM menggalakkan penganutnya supaya mempunyai …
  • RENCANA : KHAMIS 13 OGOS 2009Tiang seri negara diancam"Ibarat cacing naik ke mata, sudah ada pihak yang begitu angkuhmencabar dan memperolokkan keluh…
  • GLOBAL : KHAMIS 13 OGOS 2009Sah bukan Noordin Mat TopJAKARTA 12 Ogos - Polis hari ini mengesahkan bahawa pengganas yangterbunuh dalam drama serbuan …
  • JENAYAH & MAHKAMAH : KHAMIS 13 OGOS 2009Kasitah bebasKUALA LUMPUR 12 Ogos - Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi,Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepas…
0 Komentar untuk "5 petisyen bantah pilih semula Musharraf ditolak"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI