WASHINGTON: Komander tentera Amerika Syarikat di Iraq menggesa Pentagon meluluskan penggunaan senjata gelombang panas yang baru dicipta untuk menyuraikan orang ramai atau perusuh ganas, lapor Akhbar The Telegraph.
Bagaimanapun, rayuan terhadap apa yang pegawai kanan tentera percaya terbukti alternatif bernilai kepada kuasa tembakan tradisional di kawasan bermasalah yang bahaya masih belum menerima jawapan setakat ini.
Washington bimbang dengan lontaran bertalu-talu pandangan negatif di negara Islam yang curiga serta risau dengan kritikan yang mendakwa senjata baru berkenaan akan digunakan untuk tujuan penderaan.
Kini, direktorat tentera Amerika yang bertanggungjawab dengan pembinaan senjata tidak membawa maut, yang melabur lebih sedekad lalu membina Sistem Penafian Aktif (ADS), melancarkan usaha bersama untuk meyakinkan penduduk awam dan ketua mereka di Pentagon mengenai kebaikan senjata berkenaan.
"Dengan teknologi jenama baru seperti ini, tanggapan adalah segala-galanya," kata Kolonel Kirk Hymes, bekas pegawai artileri Marin yang mengetuai direktorat itu.
Kirk berkata, ujian hampir selesai dan ADS pertama, juga dikenali sebagai Petunjuk Senyap, dapat digunakan awal tahun depan jika Pentagon meluluskan penggunaannya. Keputusan itu amat sensitif dan dijangka dibuat secara peribadi oleh Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, yang menghantar wakil kanan untuk menghadiri demonstrasi cara menggunakannya.
Raytheon, syarikat yang diberi kontrak untuk menghasilkan prototaip itu, juga menerima bantuan dari beberapa negara Eropah yang tidak didedahkan.
Mesin yang dipamerkan minggu lalu itu menelan belanja kira-kira AS$10 juta (RM34 juta) untuk dibina tetapi direktorat percaya ADS boleh dikeluarkan pada harga AS$2 juta (RM6.8 juta) hingga AS$5 juta (RM17 juta) setiap satu.
Kolonel Hymes memberitahu penonton di demonstrasi itu bahawa sistem berkenaan selamat dan alternatif berkesan berbanding peluru plastik, yang boleh menyebabkan kecederaan dan kadang-kadang kematian serta cuma berkesan pada jarak sehingga 75 meter.
Senjata gelombang panas itu, secara perbandingan, mensasarkan pencetus masalah dari jarak mencecah 750 meter. Ia berfungsi dengan menghantar gelombang radio berkuasa tinggi dari antena kenderaan, serupa dengan parabola televisyen satelit, menyebabkan molekul dalam kulit sasaran bergetar kencang.
"Kita memang bagus dalam menjerit dan mengugut penduduk tetapi di negara seperti Iraq, kita belajar semula bahawa kita perlu bertindak balas dalam spektrum antara menjerit dan menembak. ADS menawarkan pilihan itu," kata Hymes.
Hymes bagaimanapun menambah: "Ini bukan sesuatu kita mahu hebahkan dan mengejutkan orang ramai. Kita tahu kita perlu mendidik mereka."
Malah projek pembangunan senjata itu cuma diketahui selepas Projek Sunshine � kumpulan beribu pejabat di Texas yang berkempen menentang senjata biologi dan kimia - menggesa pendedahan dibuat menurut Akta Kebebasan Maklumat.
Pengarah kumpulan itu, Edward Hammond, berkata: "Jika kita tidak bersedia menggunakannya sebagai teknik mengawal perhimpunan rakyat sendiri, ia juga tidak sepatutnya digunakan di Iraq." - Agensi
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Polis Kena Troll: Polis berkawal, peserta demo tak muncul Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjad…
Di Sebalik Tabir LENSA ‘Serang’ Pejabat PAS Pelbagai insiden di sebalik tabir berlaku ketika LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia) menyerahkan memorandum ke Pejabat …
Makna Setiakawan PAS "Sedih melihat, apatah lagi mendengar apa yang berlaku kebelakangan ini. Asalnya cuma masalah dalaman PKR. Kemudian…
Kemelut PR punca kekalahan Pas WALAUPUN bahang PRK Pengkalan Kubor kini mula reda, pelbagai provokasi kekalahan Pas masih lagi tidak berkurangan…
Surat Terbuka Wanita UMNO Kedah Buat Dyana, Rara Dan Melati...! Semalam, 3 orang budak pompuan ni di bawa anak Karpal buat laporan kat SKMM kononnya marah disebabkan seorang pe…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "AS guna senjata gelombang panas"