PKR Masih Menaruh Harapan Pada PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR Masih Menaruh Harapan Pada PAS



ALOR SETAR: PKR ternyata menaruh harapan seandainya PAS tidak memutuskan hubungan tahaluf siyasi politik walaupun sayap pemuda dan ulama parti Islam itu mahu 'bercerai' dengan parti tersebut.
Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, PKR sudah sebati dengan perjuangan PAS kerana sudah 18 tahun bersama sejak 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR akan menunggu keputusan akhir yang bakal dibuat Majlis Syura Ulama PAS.

"Sejak 1999, kita masih kekal bertahaluf  siyasi.Jadi kami merasakan ia wajar dikekalkan kerana ianya  penghubung antara PKR dengan Pakatan Harapan ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Muktamar PAS di Kompleks PAS Kedah.
Dr Shaharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas usul memutuskan hubungan dengan PKR yang diluluskan secara berasingan oleh perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS dan Dewan Pemuda PAS tanpa bahas itu.
Usul ini akan dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi PAS meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan PAS dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai wakil PAS sejak penggal lepas.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa exco PAS dalam kerajaan Selangor meletak jawatan sekiranya muktamar parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR.

Saifuddin dilaporkan berkata, tidak masuk akal sekiranya PAS yang sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan Amanah, masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah putus dengan PKR.
Mengulas mengenai desakan Saifuddin itu, Dr Shaharuddin berkata, kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.

"Kita biro politik PKR tidak pernah buat keputusan itu (exco PAS Selangor letak jawatan), Saifuddin minta PAS letak jawatan itu merupakan pandangan peribadi dan tidak diputuskan parti," katanya.
Mengulas lanjut,Dr Shaharuddin berkata, walaupun PAS bertekad memutuskan hubungan dengan PKR, kerjasama masih boleh berlaku dengan pelbagai cara.

"Dalam politik  boleh berlaku pelbagai cara, kalau bukan dengan tahaluf, boleh berlaku dengan cara lain seperti persetujuan bersama dan sebagainya dan kita akan lihat perkembangan dari masa ke semasa," katanya.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/29/pkr-masih-berharap/#0zICtZpY3CyME4Qb.99
0 Komentar untuk "PKR Masih Menaruh Harapan Pada PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI