Doktrin Daesh bertentangan konsep jihad - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Doktrin Daesh bertentangan konsep jihad



TERORISME tidak asing lagi kepada masyarakat dunia. Ia fenomena global akibat perubahan teknologi dan perkembangan hubungan antarabangsa termasuk diplomasi pertahanan setiap negara. Perubahan teknologi mengakibatkan berlaku perubahan terorisme daripada cara lama kepada baharu. 'Terorisme lama' berlaku sekitar 1960-an hingga 1980-an membabitkan insiden rompakan pesawat, paling nyata ialah pembunuhan sembilan atlet Israel di Sukan Olimpik Munich, Jerman, pada 1972. 'Terorisme baharu' merujuk kepada serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York (1993) dan serangan gas beracun sarin oleh Aum Shinri Kyo di stesen kereta api bawah tanah Tokyo, Jepun (1995). Ia petunjuk signifikan bahawa terorisme memasuki dimensi baru.

Insiden lain di Perancis, Palestin, Iraq, Indonesia dan terbaharu, lapan maut manakala 30 cedera akibat letupan bom di sebuah bangunan di kawasan pusat beli-belah mewah di Lahore, 23 Februari lalu. Pada 16 Februari lalu, CNN melaporkan 60 maut dan 250 cedera akibat letupan di makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh. Islamic State Khorasen, sekutu Daesh di Afghanistan dan Palestin mendakwa bertanggungjawab. Pada 16 Februari juga, letupan bom kereta menggegarkan sebuah pasar kenderaan terpakai di Baghdad, Iraq, mengorbankan 52 orang. 60 maut dan 250 cedera akibat letupan di makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh, 16 Februari lalu.

Jangan terpengaruh Daesh 

Tidak syak lagi, perjuangan Daesh bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini dijelaskan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 2014. Kedua, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan mereka sebagai 'Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad' di bawah pimpinan Abu Musab al-Zarqawi, berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Kumpulan ketiga adalah al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan AS ke atas bumi Afghanistan selepas peristiwa 9/11. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan Daesh. Mereka berideologi keganasan dan mengkafirkan orang tidak sehaluan dan menghalalkan darah mereka.

Daesh cenderung mengkafirkan orang yang tidak menganut ideologi yang sama dengan mereka. Malah, mereka lebih ekstrem kerana membunuh umat Islam yang tidak sehaluan dengan ideologi salafi, termasuk menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Ulama ahli Sunnah melabel Daesh sebagai Khawarij zaman moden. la agar tidak terpedaya dengan propaganda mereka. Daesh mempunyai doktrin tersendiri tentang jihad dan mati syahid, menggalakkan pengikut melakukan serangan bom bunuh diri dan mentakrifkannya sebagai mati syahid.

Pelbagai hadis dimanipulasi untuk menggambarkan kelebihan mati syahid. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa umat Islam akhir zaman akan jauh daripada hakikat Islam, bahkan sebahagian mereka akan jadi seburuk-buruk manusia dan menyesatkan generasi muda Islam yang ingin mendalami agama. Pemimpinnya mengindoktrinasi pengikut bahawa jika mereka serahkan nyawa ke jalan Islam, mereka akan masuk syurga sebagai syahid. Tentunya ia salah dan satu manipulasi doktrin agama untuk kepentingan politik sempit mereka. Sekiranya mati syahid boleh dicapai dengan cara meledakkan diri sendiri dengan bom, maka mengapa pemimpin mereka tidak melakukannya?

Sumpah palsu 

Abu Zaid Thabit bin Dhahak menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang bersumpah palsu dan tidak mengatakan keadaan yang sebenarnya, sesungguhnya ia bukan daripada pengikut Islam seperti juga ia menganggap dirinya. Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sebuah alat maka ia akan diseksa dengan alat itu pada hari penghisaban. Seseorang tidak boleh bersumpah tentang sesuatu yang bukan haknya. Mengutuk seorang mukminin sama saja dengan membunuhnya." Jelas, tindakan dan perlakuan pengikut Daesh bertentangan dengan konsep jihad. Justeru, marilah sama-sama membendung sebarang ajaran bertentangan dengan nilai ajaran Islam. Penulis ialah Timbalan Menteri Pertahanan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/277127
0 Komentar untuk "Doktrin Daesh bertentangan konsep jihad "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI