Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 19 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang Sabtu. Persoalannya adakah ribut ini adalah bala ataupun ujian daripada Allah SWT. Terjadi satu kejadian dimana ketika Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir membacakan ikrar beliau sudahi dengan "Jahanam PAN". Jadi, adakah laungan ini memberi balasan kembali kepada PAS sebenarnya. Begitu juga, terdapat seorang pemimpin PAS di Perak meletakkan komen "Mendoakan JAHANAM PAN sebanyak 4000X". Adakah ini semua sebagai peringatan kepada pemimpin dan penyokong PAS supaya muhasabah diri dan berpolitik mengikut landasan Islam.
Sebenarnya, mendoakan keburukan kepada orang lain adalah bertentangan dengan akhlak dan amalan yang dituntut oleh Islam iaitu berlawanan dengan saranan Islam iaitu sentiasa mendoakan kebaikan buat orang lain. Tak kira la sama ada orang itu berbuat kebaikan mahupun kejahatan buat kita, maka kita dianjurkan untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau. Paling tidak, doakan semoga beliau dikurniakan hidayah dan berubah menjadi baik.
Namun begitu, Allah s.w.t. memberikan pengecualian bagi orang-orang yang teraniaya atau merasakan teraniaya, untuk mendoakan keburukan buat seseorang yang menganiaya beliau. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran :
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)
Namun begitu, pengecualian ini hanya tertakluk kepada orang yang teraniaya itu sahaja, dan bukannya kaki tumpang semangkuk (yang tolong sama mengutuk dan memaki, sedangkan mereka tidak berkaitan dengan isu tersebut). Ini kerana, ada kemungkinan seseorang itu berasa teraniaya, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya, sedangkan seseorang yang merasakan teraniaya itu mungkin tersilap, apatah lagi orang2 yang tak berkaitan.
Sungguhpun ianya dibenarkan (bagi yg teraniaya), namun bersabar itu sudah tentu lebih utama.. seperti kata seorang tokoh sufi :
“Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis“
Islam sudah memberi panduan kepada kita, cara-cara berpolitik dengan betul. Bukannya dengan maki-hamun, fitnah memfitnah, mendoakan kecelakaan kepada pihak lain. Sudah berapa kali Allah SWT beri peringatan kepada PAS tetapi nampaknya masih lagi tidak mengambil sebarang iktibar daripada kejadian-kejadian yang berlaku. Penyokong-penyokong PAS hanya akan bandingkan kesalahan-kesalahan tersebut kepada pihak lain. Hancurkan UMNO sebenarnya PAS yang berpecah, bala Allah SWT di Kelantan di atas kerosakan pemimpin PAS lakukan terhadap hutan-hutan kurniaan Allah SWT dan pelbagai lagi.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
قال الله تعالى: ﴿وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh- musuhan maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (QS. Ali Imron: 103).
Dalam surat lain, Allah Subhanhu Wa Ta’ala juga berfirman:
“…dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Anfal: 46).
Rasulullah juga berpesan;
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat: 9-10).
Jadi, sebagai parti Islam, PAS sepatutnya memberikan contoh terbaik kepada semua parti bagaimana cara Islam dalam menghadapi musuh politik. UMNO, Amanah, PKR dan DAP adalah musuh politik tetapi adakah dengan cara mengkafirkan, memaki hamun, mengeluarkan kata sesat, menyebarkan fitnah dan pelbagai lagi perbuatan negatif menunjukkan PAS dijalan yang benar. Hentikanlah perbuatan negatif, berpolitiklah secara matang layanlah UMNO, Amanah, PKR dan DAP sebagai sahabat yang berbeza ideologi politik bukannya musuh yang perlu diperangai.
Gunakanlah pendekatan yang lebih berhemah, gunakanlah perkataan yang lebih sopan dan baik, doakanlah kepada Allah SWT supaya membuka pintu hidayah kepada semua pihak. Cari jalan penyelelesaian untuk segala masalah, rapatkan persaudaraan, menegur dengan memberi peringatan yang baik, hilangkan dendam dan hasut menghasut.
Semoga pihak PAS mengambil musibah ini sebagai permulaan kepada PAS yang baru. Tinggallah cara lama yang hanya menyakitkan hati sesama manusia.
0 Komentar untuk "Ribut Muktamar: Bala Allah???"