Penganalisis politik ramal kemelut Pakatan Harapan-PAS berlarutan hingga PRU14 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penganalisis politik ramal kemelut Pakatan Harapan-PAS berlarutan hingga PRU14

Penganalisis politik berkata kemelut antara PAS dan Pakatan Harapan – pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu kumpulan serpihan PAS, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga PRU14," kata pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling.

"Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, Amanah dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing," katanya.

Faisol berpendapat, tidak ada perpaduan untuk mereka membuat keputusan yang menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan antara Pakatan Harapan dan PAS.
Ketika ditanya sama ada pertandingan 3 penjuru pasti akan berlaku, Faisol meramalkan tentang kemungkinan itu.

Kemungkinan ini diramalkan meskipun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku kerana Pakatan Harapan akan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik tidak kuat dan DAP akan bertanding di semua kerusi PAS, oleh itu PAS perlu mempertahankan kerusinya dan itu bukan mudah bagi PAS yang kini bertanding secara bersendirian," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali secara terbuka menolak desakan daripada DAP untuk menyingkirkan PAS daripada kerajaan negeri.

Justeru, Faisol ketika ditanya mengenai perkara itu menegaskan kedudukan PAS sudahpun lemah dan kelangsungan hidupnya boleh dipersoalkan pada masa ini.

Pada 17 Jun lepas, Pakatan Rakyat mengumumkan gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengannya dan DAP mengumumkan pakatan berusia 7 tahun itu berakhir. – Bernama, 27 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganalisis-politik-ramal-kemelut-pakatan-harapan-pas-berlarutan-hingga-pr#sthash.er7OOySJ.dpuf
0 Komentar untuk "Penganalisis politik ramal kemelut Pakatan Harapan-PAS berlarutan hingga PRU14"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI