Hubungan Dengan PAS: Mat Sabu Perlu Tanya DAP-PKR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hubungan Dengan PAS: Mat Sabu Perlu Tanya DAP-PKR

SHAH ALAM: Presiden penaja Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu masih berdolak-dalih mengenai pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan PAS dalam gabungan pakatan pembangkang.

Malah Mohamad yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu mengelak untuk menyentuh mengenai kerjasama dengan bekas partinya itu.

Sebaliknya, bekas timbalan presiden PAS berkenaan berkali-kali menyatakan bahawa parti yang baharu diterajuinya itu perlu mendapatkan pandangan daripada DAP dan PKR.

"Kita akan bincang dan ambil pendirian bersama dengan DAP dan PKR. Tunggu pendirian bersama (selepas) kita bincang," katanya pada sidang media selepas majlis penjenamaan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia di sini, Rabu.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 kini dalam proses untuk ditukar nama kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Ditanya sama ada Amanah sedia untuk memperbaiki hubungan dengan PAS, Mohamad berkata: Kita mengambil langkah (perbaiki) hubungan dengan semua pihak termasuk NGO dan all political party."

Amanah merupakan platform bagi bekas pemimpin profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lalu.

Sebahagian besar senarai Ahli Jawatankuasa Amanah terdiri daripada bekas pemimpin PAS.

Sehingga kini PAS kehilangan 11 wakil rakyat apabila enam Ahli Parlimen dan lima lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka bertindak melompat parti.

Sepuluh daripada jumlah itu menganggotai Amanah .manakala Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar memilih menyertai PKR sebagai platform politik baharunya.

0 Komentar untuk "Hubungan Dengan PAS: Mat Sabu Perlu Tanya DAP-PKR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI