SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menolak ideologi 'nasionalisme muslim' atau semangat ketuanan Melayu-Islam yang mengkhususkan Islam untuk kaum tertentu sahaja.
Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti baharu pimpinannya itu lebih bersifat terbuka dan mengamalkan konsep toleransi dengan semua kaum tanpa membataskan agama.
"Sangat mengelirukan jika konsep politik Islam bergandingan dengan NGO atau parti politik yang mengangkat agenda dan fahaman Melayu-Islam.
"Lebih parah jika konsep ketuanan bangsa ini menganggap kaum yang berlainan budaya dan agama sebagai musuh," katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada pelancaran Amanah di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, Rabu.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way pada Pilihan Raya Umum ke-5.
Penubuhan Amanah diusahakan bekas pimpinan PAS dari kumpulan progresif yang disingkirkan daripada parti itu pada pemilihan Jun lalu.
Menurut Mohamad, konsep ketuanan Melayu-Islam sering memberi gambaran seolah-olah Islam atau Melayu sentiasa ditekan oleh kaum dan penganut agama lain.
"Kononnya negara akan dikristiankan dan kaum Cina berpakat untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu. Lantas diserunya kesatuan Melayu bagi menyelamatkan masa depan Melayu.
"Perlu ditegaskan bahawa Islam mesti ditampilkan sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi kaum, agama dan budaya," katanya.
"Komited dengan pembudayaan politik baharu, Amanah akan terus berpaksi kepada politik yang berteraskan prinsip, ilmu pengetahuan dan akhlak mulia.
"Amanah bersedia mewujudkan budaya mengurus perbezaan pandangan, pelaksanaan prinsip kebebasan berusara dan tuntutan kesaksamaan seperti dianjurkan Islam bagi melahirkan sebuah masyarakat madani," katanya.
0 Komentar untuk "Amanah Tolak Ketuanan Melayu-Islam"