Faizal Tahir tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Faizal Tahir tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik

PENYAYI Faizal Tahir tercalon di Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award).

Barisan artis dari negara-negara jiran yang turut bertanding bersama dalam kategori tersebut adalah James Reid (Filipina), Noah (Indonesia), Slot Machine (Thailand), Son Tung M-TP (Vietnam) dan juga The Sam Willows (Singapore).

MTV Europe Music Awards (“EMAs” atau “EMA”) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur.

Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari Mediolanum Forum, Milan, Itali pada hari Isnin, 26 Oktober 2015.

Siaran ulangan pula akan ditayangkan pada hari yang sama jam 8:00 malam waktu tempatan.

0 Komentar untuk "Faizal Tahir tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI