Datuk Kamaruddin Jaafar akan sertai PKR bukannya PAN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Datuk Kamaruddin Jaafar akan sertai PKR bukannya PAN



KOTA BHARU, 11 September:

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) sebagaimana yang diwar-warkan tetapi sebaliknya membuat pemilihan lain dengan mengumumkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Setiausaha Politiknya, Muhamad Nawawi Adam berkata, Ahli Parlimen Tumpat terbabit akan meyertai parti yang bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR.

Menurutnya, Kamaruddin juga telah membuat penjelasan berkaitan Baiah dan Ta’liq kepada Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan melalui Setiausaha Politik Menteri Besar.

“Saya bertanya berkaitan dengan Baiah dan Ta’liq, beliau menjelaskan telah merujuk pakar syarie dari dalam dan luar negara termasuk pandangan Syeikh Daud Patani dalam Kitab Jawi Idah Al Bab dan Fath Al Manan, serta `guru’ yang jelas dalam bab ini, Syeikh Nuruddin Al Banjari.

“Beliau yakin dan telah melaksanakan atas nasihat tersebut. Dokumen bukti hitam putih yang berkaitan ada dalam simpanan beliau sebagai bukti sekiranya kes ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata Muhammad Nawawi, Kamaruddin ada memaklumkan kepadanya bahawa dia akan terus berkhidmat kepada rakyat seperti sebelum, sekalipun selepas berpindah parti dan menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat.

“Saya sendiri setakat ini masih bersedia menjadi penghubung di antara wakil rakyat Parlimen Tumpat dan rakyat seluruh Tumpat sekiranya belum ada pengganti tetap.

“Kamaruddin juga menyebut segala elaun wakil rakyat akan dibelanjakan untuk keperluan dan program rakyat,” katanya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/?p=118474#ixzz3lOo5yuy7
0 Komentar untuk "Datuk Kamaruddin Jaafar akan sertai PKR bukannya PAN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI