SPRM Sambut Baik Keputusan Batalkan Pemindahan Dua Pengarah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SPRM Sambut Baik Keputusan Batalkan Pemindahan Dua Pengarah



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasysia (SPRM) pada Isnin menyambut baik keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pemindahan dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan itu merupakan satu langkah yang bijak.

"Kami juga berterima kasih kepada Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal kerana terlibat menyelesaikan isu ini.

"SPRM akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pengarah iaitu Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob - telah dikembalikan semula ke kedudukan mereka sebelum ini berkuatkuasa serta merta (10 Ogos).

Ali Hamsa membatalkan perintah pemindahan mereka selepas beliau berpuas hati dengan penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

0 Komentar untuk "SPRM Sambut Baik Keputusan Batalkan Pemindahan Dua Pengarah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI