IPOH: Individu yang menyebarkan gambar di laman sosial berhubung barangan jualan seorang penjaja makanan bertaburan di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang didakwa akibat tindakan pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Isnin, tampil memohon maaf.
Penuntut lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi yang enggan namanya disiarkan, tampil secara sukarela pada sidang akhbar untuk menerangkan tindakan yang dilakukannya itu.
"Saya mohon maaf...sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana pihak kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya tahu tindakan itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang akan kesannya.
"Sebenarnya pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas," katanya.
Penuntut berumur 22 tahun itu berkata tujuan dia memuat naik gambar tersebut kerana bersimpati dan sedih dengan peniaga tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB Datuk Omar Ahmad berkata beliau telah meminta MBI mengambil tindakan terhadap peniaga tidak berlesen yang berniaga di sekitar kawasan hospital itu.
"Kita telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang berniaga di sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata pihaknya akan membantu penjaja tersebut mengikut keperluan.
"Kalau dia datang minta bantuan...mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu," katanya.
Gambar yang diviralkan menunjukkan seorang wanita sedang tunduk di samping hasil jualan kacang putihnya bertaburan di atas jalan raya dan pegawai MBI berada di lokasi itu.

0 Komentar untuk "Individu Viralkan Gambar Peniaga Kacang Putih Mohon Maaf"