Pembangunan Kampung Mutiara Tidak Akan Diluluskan - Guan Eng - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pembangunan Kampung Mutiara Tidak Akan Diluluskan - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.

"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.

Bagaimanapun hasil campur tangan UMNO dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Lim berkata isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah.

0 Komentar untuk "Pembangunan Kampung Mutiara Tidak Akan Diluluskan - Guan Eng"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI