Ahmad Maslan Lontar Soalan Untuk Bersih - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ahmad Maslan Lontar Soalan Untuk Bersih

PETALING JAYA: Menjelang perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada hujung minggu ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mempersoalkan motif penganjurannya yang dianggap 'kotor'.

Menerusi beberapa soalan yang dilontarkannya kepada penganjur dan peserta Bersih 4.0, Ahmad mengandaikan modus operandi yang digunakan dalam perhimpunan tersebut seolah-olah mahu menggulingkan kerajaan.

"Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium untuk Bersih 4.0? Adakah kerana jika diadakan di dalam stadium, maka nanti tiada aksi kawalan polis dan tindakan pencegahan yang boleh menjadi viral dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh dunia?

"Atau anda memang menggunakan SOP (prosedur operasi standard) asing ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan?

"Hairan...mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ianya dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?" katanya di sini.

Beliau berkata demikian menerusi posting terbaharu di blog www.ahmadmaslan.my pada Rabu.

Mengulas lanjut Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno mengingatkan penganjur bahawa demonstrasi jalanan adalah bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki? Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan rakyat Malaysia dalam bulan kemerdekaan?

"Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang sekarang sudah datang dan yang ingin melihat keindahan Malaysia dan kota raya? Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim pelaburan negara?" katanya.

0 Komentar untuk "Ahmad Maslan Lontar Soalan Untuk Bersih"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI