PETALING JAYA: Berikutan status di Facebook mengenai dakwaan dokumen bank yang diterbitkan Wall Street Journal adalah palsu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani bakal berdepan dengan siasatan dalaman, jelas Datuk Seri Nazir Razak.
Di laman Instagram pada lewat petang Rabu, pengerusi kumpulan CIMB itu memuat naik gambar Tan Sri Md Nor Yusof yang sedang melihat sesuatu di telefon bimbitnya bersama CEO Kumpulan CIMB Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz dan Pengerusi CIMB Islamic, Datuk Syed Muhamad Syed Abdul Kadir.
"Zafrul dan Syed menunjukkan reaksi terkejut melihat status Badli di laman Facebook milik Md Nor berkaitan artikel WSJ. Status tersebut telah dikeluarkan atas masalah teknikal yang sepatutnya dia tidak membuat komen. Kesilapan kami dan akan menjalani siasatan dalaman," jelas Nazir.
Badlisyah yang juga presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia sebelum ini mendakwa sembilan dokumen bank yang disiarkan oleh WSJ mengatakan transaksi dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib adalah palsu.
Dia mendakwa, antara perkara lain mengenai Kod Swift dalam dokumen itu tidak padan seperti yang asal, Bank Well Fargo di New York.
Selepas itu, Badlisyah mengeluarkan kenyataan, bahawa dia mengakui kesilapan menganalisis dokumen tersebut malah menegaskan komen di Facebooknya itu adalah pandangan peribadi.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah melakukan kesilapan pada status mengenai analisis berkenaan Kod Swift.
"Kesilapan saya itu telah dibetulkan serta dilaporkan dalam Malaysiakini, dan saya juga telah membuat pembetulan di laman Facebook," jelas Badlisyah dalam kenyataan tersebut.

0 Komentar untuk "Nazir Arah Siasat Kesilapan Analisis Badlisyah"