Jahanam La Sapa Pi Sokong Najib! - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jahanam La Sapa Pi Sokong Najib!


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Riuh rendah haters menyindir TG Haji Hadi dan Dr Haron Din mengenai kenyataan yang mereka lihat seolah-olah menyokong Najib. Keimanan mereka tidak ada bezanya dengan penyokong Umno yang turut beriman bahawa kedua-dua pemimpin PAS itu mempertahankan presiden mereka.

2) Walhal jika diamati kenyataan mereka yang asal (bukan daripada Malaysiakini/TMI), tidak ada salahnya pun. Seperti artikel saya sebelum ini, teknik penyebaran berita secara indirect hitting oleh Malaysiakini/TMI memang berkesan.

3) Lihat sahaja semua pihak yang menyerang kedua-dua pemimpin PAS itu menggunakan 100% maklumat berita daripada kedua-dua portal tersebut, seolah-olah TG Haji Hadi dan Dr Haron benar-benar mempertahankan Najib. Semua Malasiakini-driven-minded peoples akan terus menyerang kepimpinan PAS tatkala hubungan PAS-DAP sudah rosak teruk.

4) Pada saya, kenyataan mereka bukanlah mempertahankan Najib. Tetapi mempertahankan prinsip keadilan yang diperjuangkan, sekalipun terhadap musuh politik. Setiap pertuduhan, tentunya memerlukan bukti. Bukan menyambutnya dengan membabibuta.

5) Bukankah kita sangat mementingkan keadilan? Kenapa prinsip keadilan itu hanya untuk kita, tetapi apabila terkena kepada musuh politik kita - kita tanpa segan silu mempersetankan prinsip keadilan itu?

6) Jika tuduhan terhadap Anwar, kita pandang ia sebagai fitnah kerana tiada bukti dan bukti yang direka-reka - maka sama juga dengan tuduhan kita terhadap Najib. Tentu juak-juaknya tidak percaya dan menganggap ia fitnah dan cubaan menjatuhkan Najib. Jadi, kita perlukan bukti yang solid.

7) Lihatlah tuduhan-tuduhan terhadap Najib sebelum ini. Tanpa bukti yang solid, Najib tak tumbang pun. Isu pembunuhan Altantuya, jika benar kenapa Najib belum masuk penjara? Sebab bukti tidak solid. Jika bukti solid, tak kira berapa banyak jentera kerajaan, berapa banyak manipulasi mahkamah, Najib tetap masuk jail.

8 ) Back to the basic. Setiap pertuduhan perlu bukti. Jika ada saksi, bawa saksi. Tak perlu empat saksi seperti yang dilapor Malaysiakini. Saksi mestilah saksi yang baik, bukan saksi palsu. Ini bukan tuduhan kecil. Ini tuduhan besar. Najib takkan gelabah lagi. Dia akan terus pitam.

9) Pertuduhan liwat ke atas DS Anwar, TG Haji Hadi minta di bawakan saksi - penyokong Umno melenting dan memburukkan Haji Hadi. Sekarang pertuduhan ke atas Najib, Haji Hadi minta di bawa saksi, kita pulak yang melenting dan memburukkan beliau. Apa yang kita perjuangkan sebenarnya?

10) Apakah kita memperjuangkan kejatuhan Najib? Jatuhnya Najib adalah keseronokan dan kejayaan kita? Jika itu matlamat kita, tak ada gunanya kita perjuangkan "keadilan" dan "ketelusan". Matlamat kita adalah kebenaran dan keadilan. Maka buktikan. Orang yang tidak mahu menurut prinsip adil, adalah orang yang gelojoh mahu Najib dijatuhkan.

11) Sabar. Dan berusaha. Semua orang melihatnya. Kita tak perlu gelojoh. Sampai masa, Najib akan tumbang juga. Penulis-penulis sejarah versi Umno akan putar alam seolah-olah ianya konspirasi dengan pihak luar, Yahudi, CIA dll. Biar umat melihat Najib tumbang dengan bukti yang sahih, bukan atas dasar konspirasi dengan pihak luar. Kita tak mau Najib jadi hero selepas tumbang. Bwahahaha...

12) Dr Haron Din tidak bodoh untuk menyokong Najib. TG Haji Hadi juga tidak kemaruk untuk mempertahan Najib. Cuma cara mereka berjuang ditafsir secara persepsi oleh Malaysiakini-driven-minded peoples. What to do? I can't do anything but write this article. I can't control peoples thinking, and even I able to do, I won't do that.

Sekian.

0 Komentar untuk "Jahanam La Sapa Pi Sokong Najib!"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI