KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ada dalang di sebalik dakwaan penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Perdana Menteri.
Hishammuddin berkata ini kerana sejak kebelakangan ini serangan terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat bertalu-talu termasuk dakwaan terbaru itu.
Bagaimanapun, beliau beranggapan perkara berkenaan sebagai asam garam dunia tanpa sempadan.
"Ini tak unik kepada negara kita sahaja," katanya kepada pemberita sebelum menyertai majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan di sini, Rabu.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud dalang di sebalik dakwaan berkenaan.
Jumaat lepas, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berikutan itu sebuah pasukan khas dianggotai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed ditubuhkan.
Semalam, pasukan petugas khas itu mengarahkan enam akaun bank individu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut dibekukan.
Ditanya pandangannya terhadap pasukan petugas khas berkenaan, beliau yakin anggotanya adalah di kalangan mereka paling berwibawa, justeru berharap rakyat tenang, tidak emosi dan menunggu siasatan sepenuhnya selesai.
"Akhirnya yang benar tetap benar kita jangan terikut-iku dengan tuduhan tidak ada asas kukuh, tidak ada bukti.
"Jangan buat spekulasi memecahbelahkan perpaduan sesama kita, dan menuduh orang yang mungkin tak bersalah," katanya.
Najib hari ini dilaporkan mengambil langkah pertama tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan artikel berkenaan.
Bertindak bagi pihaknya ialah Tetuan Hafarizam Wan and Aisha Mubarak yang menghantar surat hari ini kepada Dow Jones, penerbit WSJ, meminta pengesahan tentang pendiriannya dalam tempoh 14 hari berkaitan dakwaan dalam artikel itu yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai lepas.
Mengulas mengenai tindakan berkenaan, Hishammudin beranggapan ia merupakan jalan terbaik.

0 Komentar untuk "Ada Dalang Isu Penyaluran Dana 1MDB - Hishammuddin"