Oleh Roslan SMS
Ini seakan satu budaya baru dalam PAS. Atau sekurang-kurangnya gerombolan tertentu dalam PAS.
Bila kalah pemilihan, kumpul sebanyak mana dapat penyokong, tubuhkan satu badan. Kemudian bikin kacau dengan menggertak dan mengancam parti. Kalau parti tak peduli, terjun keluar beramai-ramai dan tubuh parti baru.
Barangkali inilah yang dikatakan politik progresif. Inilah sepatutnya haluan baru gerakan Islam di Malaysia?
Tidak perlu muhasabah diri. Tidak perlu ambil iktibar dari kes melibatkan Khlaid al Walid ketika diturunkan pangkat. Yang penting gerombolan kita ini tidak sewajarnya kalah. Gerombolan kita berminda progresif, terbuka dan mudah diterima masyarakat berbagai. Lalu apabila kita kecundang ditolak oleh perwakilan, maka bukan kita yang kurang, tetapi semua yang dipilih, semua yang memilih termasuklah parti sekali yang sebenarnya cacat dan tidak pandai.
Bagi saya sikap anarkis seperti ini sesungguhnya membelakangkan demokrasi dan mencerminkan ketidakmatangan gerombolan ini.
Kita akui suara ramai, sekurang-kurangnya dalam proses pemilihan pimpinan, itulah kuasa mutlak yang menguasai dan menentukan hiraki dalam parti. Kita sendiri terjun dalam kancah pemilihan, berkempen, menggunakan apa sahaja peluang dan kesempatan yang ada untuk “menjual” diri.
Tiba-tiba apabila ditakdirkan kalah, kita tidak dapat terima kekalahan itu lalu kita memberontak.
Pelik sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun dari mereka yang kononnya progresif itu bangkit dengan bukti-bukti menunjukkan bahawa proses pemilihan Muktamar PAS tempoh hari telah dicemari atau tercemar, iaitu bertentangan dengan peraturan dan Perlembagaan PAS.
Tidak ada!
Bermakna bulat-bulat mereka memberontak semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan. Sudah pasti sikap sebegini mencalarkan imej dan keperibadian mereka masing-masing apa lagi profesionalisma yang kononnya mereka jaja dan junjung itu.
Terbaru wakil gerombolan Gerakan Harapan Baru (G18), Khalid Abd Samad yang telah memenagi kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PAS, mengancam kononnya sedang menunggu tanggal 14 September iaitu tempuh berakhir 100 hari yang beliau berikan kepada PAS untuk kononnya berubah sikap. Jika tidak katanya gerombolan beliau akan menggantikan PAS dalam PR.
Walaubagaimanpun Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Iskandar Abd Samad, memandang sepi ancaman beliau, malah dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai berkata:
“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah….kalau tak serah diri mereka akan tangkap. Dalam politik saya rasa tak payahlah, tidak ada apa yang penting pun”.
Dalam erti kata lain tak perlulah nak berlagak macam polis pula.
Apa pun biarlah ahli-ahli PAS dan rakyat jelata menilai komitmen dan keperibadian mereka ini. Parti sendiri yang telah menjadi wadah melindungi mereka sehingga sebahagiannya menang sampai dua penggal, boleh diterajang begitu sahaja semata-mata kerana kalah jawatan, maka apalah nak diharapkan dari mereka ini. Harapan Baru?

0 Komentar untuk "Apabila gerombolan kecewa menuntut harapan baru"