Plaza Low Yat: Semua Pihak Perlu Bertenang, Elakkan Provokasi -Haji Hadi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Plaza Low Yat: Semua Pihak Perlu Bertenang, Elakkan Provokasi -Haji Hadi

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat kesal dengan peristiwa kekecohan yang berlaku di kawasan tengah Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 12 jam yang lalu.

Sehubungan dengan itu, PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur agar bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana. Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum yang ada dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman.

PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apapun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

0 Komentar untuk "Plaza Low Yat: Semua Pihak Perlu Bertenang, Elakkan Provokasi -Haji Hadi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI