BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa jenteranya supaya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh kali ini jika tidak mahu sejarah 2004 berulang.
Gesaan itu dilihat seolah-olah menunjukkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut masih ‘dihantui’ oleh prestasi mereka dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang menyaksikan PKR menang tipis dengan majoriti 590 undi.
"Saya selalu ingat (PRU) 2004, kita jangan ambil mudah. Jangan fikir kita kan menang (mudah).
"Kita mesti kerja dan dapatkan sentuhan daripada setiap pengundi, jangan leka," katanya kepada mStar Online selepas bersarapan dengan penduduk setempat di Pasar Permatang Pauh di sini, Jumaat.
Dr Wan Azizah yang kembali bertanding dalam PRK Permatang Pauh pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.
Belliau menang sejak pertama kali bertanding pada 1999 serta mengekalkan kemenangan pada 2004 dan 2008 sebelum meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen beberapa bulan selepas memenangi kerusi Permatang Pauh.
PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

0 Komentar untuk "Wan Azizah Desak Jentera Kerja Keras, Bimbang Sejarah 2004 Berulang"