LAPORAN PENUH TRANSKRIP KES LIWAT ANWAR II - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LAPORAN PENUH TRANSKRIP KES LIWAT ANWAR II

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang bermula semalam diteruskan hari ini di di Mahkamah Rayuan.

Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.

Panel tiga hakim itu ialah Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Perbicaraan ini diteruskan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan baru-baru ini.

Berikut merupakan laporan penuh prosiding perbicaraan rayuan kes liwat II Anwar yang berlangsung semalam :-

SESI PAGI

9.00 pagi - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah bersama anak perempuan bongsunya dan menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Di luar Bilik Bicara 2 mahkamah dipenuhi dengan kehadiran media tempatan, dan juga pemerhati antarabangsa termasuk wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

9.15 pagi - Di perkarangan mahkamah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat dari memasuki Istana Kehakiman namun hanya Rafizi sahaja dibenarkan masuk.

Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

9.20 pagi - Ketibaan Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah di Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan.

9.30 pagi - Mahkamah Rayuan mula bersidang dan diketuai oleh hakim Balia Yusof Haji Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu, termasuk Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan berkata penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

Tempat duduk di dalam mahkamah dipenuhi dengan para penyokong dan media yang hadir, sementara di luar masih lagi ada media yang menunggu kerana kekurangan tempat duduk.



9.45 pagi - Shafee memulakan hujah dan berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar ialah eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi dan petisyen rayuan pada hari itu akan menumpukan kepada isu tersebut.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan oleh pihak defendan ialah sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

9.55 pagi - Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap kualiti sampel yang telah disahkan mengalami proses pereputan.

“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee dan oleh sebab itu, tiada sebab untuk menimbulkan 100 peratus keraguan munasabah terhadap sampel tersebut.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.




10.00 pagi - Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah terdapat kira-kira 40 orang penyokong Anwar kelihatan cuba menimbulkan kekecohan apabila dihalang memasuki bangunan mahkamah bagi mengikuti perbicaraan oleh pihak polis.

10.05 pagi - Menurut Shafee, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful Bukhari.

Sementara itu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya menimbulkan suasana gamat di luar mahkamah apabila hadir bersama menghadiri perbicaraan.

10.10 pagi - Shafee berkata, tiada penjelasan yang boleh dibuat apabila disoal bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar," kata Shafee.

10.12 pagi - Menurut Shafee, kadang - kadang kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY) dan menurutnya terdapat kesan kulit tertuduh (Anwar) pada juju Saiful.

10.15 pagi - Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan "original” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Dia menambah, hakim perbicaraan telah tersalah anggap terhadap fakta dan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Menurutnya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”

Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.


10.27 pagi - Shafee berkata, pegawai penyiasat yang ditugaskan telah meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.

Tambahnya, hakim tersilap menilai dan memutuskan bahwa beg plastik yang terkoyak menunjukkan sampel tersebut telah diusik.

“Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”

10.42 pagi - Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.

10.46 pagi - Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude Pereira.

Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.

10.52 pagi - Shafee berkata ahli kimia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.

Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.

“Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot.” katanya.



11.00 pagi - Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

“Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.

Mahkamah kemudiannya berhenti rehat selama 15 minit.

11.30 pagi - Perbicaraan bersambung semula.

Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mengandungi sampel, tidak mengganggu bukti.

Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam dan mendakwa ianya bukanlah suatu keadaan yang standard.

11.47 pagi - Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat tafsiran bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.

Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik.

"Bagaimanapun, apabila ditanya oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas.”

Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.

Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.

Menurutnya, dalam kes ini, doktor di HKL telah meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.

11.57 pagi - Shafee kemudiannya membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.

“Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan.”



SESI TENGAHARI

12.07 tengah hari - Mahkamah kemudiannya meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.

Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.

Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.

Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.

12.17 tengah hari - Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.

Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

12.27 tengah hari - Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu dikatakan berlaku.

Katanya, Anwar menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ianya adalah suatu tindakan yang licik.

Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.






12.42 tengah hari - Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut.

“Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?,” soalnya.

Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab;
“Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?”

"Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).

"Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain”.

Hakim Aziah menjawab;

“Kami tonton CSI”, yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti yang ada sangat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.


Persidangan mahkamah ditangguhkan dan akan bermula semula pada jam 2.30 petang.





SESI PETANG

2.40 petang - Persidangan mahkamah bersambung semula.

Karpal mengemukakan bahawa mahkamah mesti menuruti bahan bukti yang dikemukakan. Beliau mengemukakan bantahan keras ke atas kenyataan Shafee terhadap Anwar.

2.52 petang - Karpal berkata setiap perkara dalam kes jenayah mesti terbukti melampaui keraguan munasabah.

Tambahnya, Shafee bercakap mengenai bukti Jude – saksi sama yang dikecam dalam pendengaran Suhakam.

3.02 petang - Karpal berkata Jude, yang menjadi saksi utama, memberi keterangan bahawa pereputan mungkin berlaku ke atas sampel.

"Dr Siew meminta Jude untuk meletakkan sampel di dalam tempat sejuk beku tetapi beliau tidak melakukannya dan ini menunjukkan sampel tersebut terjejas apabila beliau meletakkannya di dalam kebinet.

"Kabinet tersebut bukan tempat sejuk beku, dan apabila ditanya oleh Sankara Nair jika ini melanggar prosedur polis, Jude tidak menjawab soalan tersebut.

“Beliau mengetahui bahawa beliau patut meletakkannya di dalam tempat sejuk beku untuk mengelakkan degradasi. Ini menunjukkan Jude tidak mengikut arahan Dr Siew dan menunjukkan beliau melanggar arahan tetap ketua polis negara.

Ram Karpal berkata sampel tersebut diberikan pada awal 29 Jun dan beliau membukanya pada pagi tersebut. Ram menambah, Jude hanya memberi sampel berkenaan pada malam 30 Jun.

Karpal berkatal Shafee memfitnah Anwar dan patut memohon maaf.

3.27 petang - Karpal kemudiannya mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

3.37 petang - Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

3.57 petang - Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

4.00 petang - Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan orang yang berfikiran kolot kerana mendapat pendidikan tinggi.

“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.





4.12 petang - Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

"Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

"Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

4.25 petang - Menurut Ram Karpal, tuala 'Good Morning' yang didapati dari penjara Anwar juga tercemar.

Dia menambah bahawa perkara itu telah diperolehi secara haram dan tidak boleh diterima.

"Jika ini diambil kira, tidak akan ada satu sampel 'Male Y' dan keseluruhan kes pendakwaan itu jatuh dan Anwar tidak akan dipanggil untuk pembelaan," katanya.

4.37 petang - Ram berkata, sampel DNA berkenaan berada di keadaan asli, berikutan ianya diperiksa oleh ahli kimia 96 jam selepas itu.

"Pereputan dijangka berlaku dan sampel tersebut sampai kepada ahli kimia empat hari kemudian.

"Bagaimanapun , Dr Seah kata pereputan tiada mempunyai sebarang kaitan.

"Pereputan adalah disebabkan pertumbuhan bakteria hasil daripada sampel yang tidak diawet, ekoran tidak diletakkan di dalam peti sejuk."

"Pereputan telah dijangkakan, jadi bagaimana ianya tidak berlaku selepas ianya tiba kepada ahli empat hari selepas insiden itu," katanya.

Maka, Ram memberitahu mahkamah bahawa sapel tersebut tidak boleh dikaitkan dengan Saiful.

"Ianya mungkin bukan sampel asal," katanya.


4.57 petang - Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.





5.13 petang - Mahkamah mula bersidang.

Hakim Balia meminta Ram untuk menghabiskan hujahnya mengenai isu pereputan DNA.


5.17 petang - Ram berkata sampel tersebut sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk di bawah suhu -20 celcius.

"Kedua-dua saksi, tepatan dan antarabangsa bersetuju tiada pereputan sampel DNA dan ianya boleh dihentikan apabila diletakkan dalam peti sejuk.
"Apabila pereputan semakin teruk, sampel sedia ada akan rosak untuk disalin, menyebabkan DNA tersebut tidak boleh dipercayai," katanya.


5.36pm: Ram Karpal berkata amat penting kepada mahkamah untuk diberitahu bahawa sampel tersebut terbiar selama 96 jam.

Tambahnya, kemungkinan untuk berlaku pereputan ada.


Hakim Mahkamah Rayuan menangguhkan perbicaraan sekitar jam 5.50 petang semalam dan pendengaran disambung semula pagi ini.


0 Komentar untuk "LAPORAN PENUH TRANSKRIP KES LIWAT ANWAR II"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI