KUALA LUMPUR: DAP merangka Kabinet bayangannya sendiri dengan alasan tidak mampu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak yakin Kabinet bayangan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan berikutan keengganan Hadi untuk berbincang dengan rakan sekutunya berhubung beberapa perkara sebelum ini.
"Dia tidak meminta pandangan kami, malahan dia tidak berunding dengan pemimpin PAS sendiri. Jadi, bagaimana kami dapat bekerjasama?
"Kami juga sudah memutuskan untuk tidak menjalin sebarang hubungan dengan Hadi, tetapi kami akan terus berurusan dengan pemimpin PAS lain," katanya pada sidang media di Parlimen, Selasa.
Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin mahu membentuk barisan Kabinet baharu, Guan Eng berkata, ia tidak praktikal untuk pakatan pembangkang itu ketika ini.
"Kabinet bayangan Pakatan Rakyat itu sukar dikawal kerana Hadi ada kuasa veto untuk menolak sebarang keputusan berasaskan persetujuan bersama.
"Hadi tidak berunding dengan kami berhubung sebarang hal terutama hudud, dengan itu saya percaya ia sukar dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Bagan itu.
Guan Eng bagaimanapun berkata, semua parti gabungan pakatan itu masih mampu bersatu jika masing-masing mempunyai Kabinet bayangan sendiri.
"Setiap parti ada jurucakap untuk portfolio masing-masing dan masih boleh bersatu membabitkan isu yang dipersetujui bersama.
"Sama ada pakatan akan memiliki Kabinet bayangan atau tidak, kita tunggu dan lihat," katanya.
Kabinet bayangan DAP membariskan 34 pembuat dasar yang akan bertanggungjawab terhadap 18 kementerian.
Antara portfolio adalah Pendidikan, Sains dan Teknologi (Zairil Khir Johari-Bukit Bendera, Teo Nie Ching-Kulai), Dalam Negeri dan Perundangan (Gobind Singh Deo-Puchong, Ngeh Koo Ham-Beruas, Thomas Su Keng Siong-Ipoh Timur dan Ramkarpal Singh-Bukit Gelugor) serta Kewangan dan Ekonomi (Tony Pua-Petaling Jaya Utara, Oscar Ling-Sibu dan Wong Tien Fatt-Sandakan).
Guan Eng menambah, beberapa Ahli Parlimen memegang lebih satu portfolio, tetapi parti tidak membenarkan pihak lain menjadi jurucakap untuk lebih daripada satu bidang.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Guan Eng sendiri adalah pemimpin yang tidak diberi portfolio khusus.
Ditanya situasi itu kerana Guan Eng adalah calon Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan itu, beliau berkata: "Saya bukan perdana menteri bayangan. Hal itu patut ditanya Ketua Pembangkang."

0 Komentar untuk "Hadi Punca DAP Bentuk Kabinet Bayangan Sendiri"