Guan Eng, usah berlagak sangat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Guan Eng, usah berlagak sangat

1.SAYA selaku Ketua Whip Ahli Parlimen Pas, menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden Pas sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR). Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2.PR dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain,  di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan Pas telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar dua orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut.
Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini.

3.Justeru, lebih baik Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, Anthony Loke dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.
Saya berharap Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-Umno pada PRU14 kelak. Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

4.Pas juga sudah membahagikan kesemua 21 orang ahli parlimen Pas mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

5.Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh PR akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati.


Datuk Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan Pas
Ketua Whip Ahli Parlimen Pas
19 Mei 2015

0 Komentar untuk "Guan Eng, usah berlagak sangat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI