Dewan Rakyat Gamat Sambut Pandikar Amin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dewan Rakyat Gamat Sambut Pandikar Amin

KUALA LUMPUR: Berbeza daripada kebiasaannya, kehadiran Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke Dewan Rakyat pada Isnin gamat dengan sorakan dan tepukan meja oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Hanya tersenyum sebagai respon kepada sambutan ‘luar biasa’ itu, kemunculan Pandikar Amin untuk mempengerusikan sidang Parlimen sekaligus menepis dakwaan kononnya beliau akan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pandikar Amin kemudiannya menyempurnakan majlis angkat sumpah dua Ahli Parlimen baharu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan, Pandikar Amin turut diusik Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung kontroversi peletakkan jawatannya yang bermula Sabtu lalu.

“Jangan letak jawatan, jangan tunduk kepada tekanan,” kata Azmin kepada Pandikar Amin.

Usikan Azmin itu dibuat bagi merujuk kepada keupayaannya mempengerusikan sidang Parlimen ketika Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjawab soalan bagi pihak kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Walaupun diusik, Pandikar Amin dilihat tenang sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang tekanan.

“Saya duduk di atas, saya tak tertekan pun,” katanya ringkas.

Kata-katanya itu sekali lagi mengundang tepukan gemuruh wakil rakyat khususnya di pihak pembangkang.

Sebelum ini Pandikar Amin turut mengeluarkan kenyataan penafian susulan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Pandikar Amin mula menjadi Speaker Dewan Rakyat sejak 2008.

0 Komentar untuk "Dewan Rakyat Gamat Sambut Pandikar Amin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI