Dialog bersama Majlis Fatwa tidak sentuh isu liberal, kata SIS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dialog bersama Majlis Fatwa tidak sentuh isu liberal, kata SIS

Sisters in Islam mengesahkan pertemuan dengan Majlis Fatwa Selangor pada 2012 tetapi hanya bincang aktiviti dan hasil kajian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Sisters in Islam (SIS) hari ini mengesahkan pertemuan bersama Majlis Fatwa Selangor pada 2012 namun ia tidak membincangkan tentang liberalisme dan pluralisme yang digunakan sebagai asas menuduh organisasi berkenaan sesat.

NGO itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dialog pada 12 Januari itu hanya membincangkan aktiviti dan hasil kajian mereka.

SIS menegaskan mereka tidak diberi peluang mempertahankan organisasi mereka daripada tuduhan mempromosikan liberalisme dan pluralisme agama sebelum pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa kepada kumpulan berkenaan pada Julai tahun ini.

NGO itu kesal dan hairan dengan kenyataan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid, seperti yang dilaporkan oleh media pada 7 November 2014, yang menyifatkan majlis dialog SIS bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2012 sebagai ‘bukti’ pihaknya bertemu dengan SIS tentang isu liberalisme dan pluralisme agama.
“SIS mempersoalkan mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak menyatakan kebimbangan mereka serta menasihati kami mengenai fahaman liberalisme dan pluralisme agama pada waktu itu?

“Mengapa hanya selepas dua tahun enam bulan daripada perbincangan tersebut barulah fatwa ini dikeluarkan iaitu mengisytiharkan SIS adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam?” soal SIS. – 10 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dialog-bersama-majlis-fatwa-tidak-sentuh-isu-liberal-kata-sis#sthash.G0DED3gR.dpuf
0 Komentar untuk "Dialog bersama Majlis Fatwa tidak sentuh isu liberal, kata SIS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI