PAS hantar nama calon timbalan speaker DUN Selangor, kata Iskandar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS hantar nama calon timbalan speaker DUN Selangor, kata Iskandar


BeritaPAS Selangor hari ini mengesahkan mereka menghantar nama calon bagi jawatan timbalan speaker bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang kosong selepas penyandang, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik menjadi exco negeri berkenaan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad.

Iskandar yang ditemui selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam hari ini berkata, calon berkenaan menerima pencalonannya dan bakal diundi ketika sidang DUN yang dijadualkan berlangsung bulan ini.


"Bagi jawatan timbalan speaker, PAS hantar seorang calon.


 
"Pencalonan tutup hari ini. Saya sendiri menandatangani nama calon itu, dan calon terima pencalonan dia, kita akan undi di Dewan," kata Iskandar kepada pemberita.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan perkara itu, dan berkata pencalonan ditutup hari ini.

"Pencalonan ditutup dan kita akan bincang ketika sidang Dewan," katanya ketika ditemui pemberita.

Iskandar bagaimanapun tidak mendedahkan calon berkenaan sebaliknya berkata,"tetapi kami pilih peguam".

PAS Selangor mempunyai 2 Adun yang dengan latar belakang peguam - Setiausaha PAS Selangor, yang juga Adun Paya Jaras Khairudin Othman, dan Adun Bangi Mohd Shafie Ngah.

Nik Nazmi merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baharu yang dilantik Azmin sebaik saja menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Adun Seri Setia itu dilantik exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi, dan Inovasi.

Ketika pentadbiran Khalid, PAS diperuntukkan 4 kerusi exco, namun Azmin mengambil keputusan mengurangkan jumlah itu.


Barisan exco Selangor kini diwakili masing-masing 3 daripada PAS dan DAP, manakala PKR mempunyai 4 wakil
0 Komentar untuk "PAS hantar nama calon timbalan speaker DUN Selangor, kata Iskandar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI