Perkasa mengajak umat Islam membakar Bible berbahasa Melayu sebagai tanda protest penggunaan kalimah Allah dalam kitab suci itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2014.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak salah Perkasa menganjurkan protest membakar Bible asalkan ia berniat baik, sambil berkata agama Islam juga membenarkan naskhah al-Quran dibakar jika mahu melupuskannya.
Bekas perdana menteri itu berkata, dalam upacara pelupusan al-Quran, ia mestilah dibakar dan bukannya dibuang merata-rata atau dipijak.
"Kita selalu bakar Al-Quran, apabila ianya sudah lama, dan pastinya kita tidak boleh lupuskannya dengan membuang merata-rata, jadi penyelesaian terbaik adalah bakar.
"Jadi bakar Al-Quran dengan niat baik tidak jadi masalah," kata Dr Mahathir pada sidang media di Bukit Kiara pagi ini selepas merasmikan "The Extraordinaire Forum 2014".
Menyentuh kontroversi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang membuat gesaan membakar Bible berbahasa Melayu, Dr Mahathir (gambar, kanan) berkata: "Mereka (Perkasa) perlu tunjuk hormat kepada Bible, bakarnya seperti mereka bakar al-Quran dibenarkan."
Dr Mahathir mempertahankan kenyataan Ibrahim bukan satu hasutan seperti didakwa pihak tertentu, atas alasan niatnya bukan suatu provokasi.
"Dalam erti kata lain, beliau memberi pandangan yang boleh diterima, di kalangan umat Islam ia bukan satu hasutan.
"Bukan niatnya untuk memprovokasi orang bergaduh antara Muslim dan bukan Muslim," katanya.
Awal bulan lalu, Putrajaya mengumumkan tidak akan mendakwa Ibrahim atas kenyataannya dengan mengatakan beliau hanya mempertahankan kesucian agama Islam.
"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam."
Susulan keputusan tersebut, Putrajaya dan Nancy menerima kecaman dan dituduh melakukan pendakwaan terpilih. – 29 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-salah-bakar-bible-atau-quran-dengan-niat-baik-kata-dr-mahathir#sthash.cjUUoiqG.dpuf

0 Komentar untuk "Tak salah bakar Bible atau Quran dengan niat baik, kata Dr Mahathir "