Sekitar Perbicaraan Mahkamah Terhadap TGHH - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sekitar Perbicaraan Mahkamah Terhadap TGHH


Komentar

Saya turut mengikuti kes pertuduhan terhadap TGHH yang dilempar oleh plantif yang juga bekas calon Bukit Besi, Shamsul bin wallahualam. Perbicaraan bermula pada 9.40 dengan memanggil saksi pertuduhan plaintif, YB Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR Terengganu. Seorang lagi saksi ialah wartawan Kosmo kerana pertuduhan dibuat atas butir laporannya. Namun beliau tidak menghadirkan diri.

Selepas rehat jam 10.15, mahkamah memanggil TGHH sebagai defendan bagi memberi keterangan. Segala pertanyaan dijawab walaupun hakim menyatakan empat soalan terakhir yang diajukan peguam plaintif tidak perlu dijawab kerana tidak relevan. Antaranya soalan adakah TGHH setuju bahawa beliau gagal mengemukakan empat orang saksi tentang kenyataannya? Macam bicara kes hudud zina pula.

Akhirnya mahkamah memanggil YB Ariffin Deraman sebagai saksi kenyataan TGHH pada ceramah yang menjadi subjek pertuduhan. Namun tiada sebarang soalan diajukan kepadanya.

Pada jam hampir 11.30, mahkamah menangguh perbicaraan hingga ke 23 November depan.

Mahkamah sesak dipenuhi penyokong TGHH dari seluruh negara termasuk Sabah hingga memaksa hakim membenarkan pemerhati duduk bersila di atas lantai. Mungkin ini mencetus suatu sejarah baru di Malaysia.

Apa yang menarik ialah reaksi spontan pemerhati yang mengikuti prosiding dari awal hingga akhir. Walaupun pihak mahkamah meminta pemerhati senyap, tetapi reaksi-reaksi yang tercetus dari pemerhati adalah spontan dalam separuh sedar.

Seingat saya ada tiga babak menarik:

Babak 1

Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Che Gu Bard juga seorang diantara calon di kerusi bertindih?

YB Azan: Ya benar.

Peguam: Adakah benar Che Gu Bard juga orang muda?

YB Azan: Err.. Saya tak kenal siapa Che Gu Bard.

Spontan pemerhati ketawa. Azan bukan sahaja Pengerusi PKR Negeri, beliau juga mengaku salah seorang yang terlibat menentukan calon di peringkat Pusat. Che Gu Bard pula pemimpin PKR pusat paling tersohor, mungkin lebih dikenali berbanding Azmin Ali.

Kalau benar beliau tak kenal, kami ahli PAS sangat kenal Che Gu Bard jika setakat ingin menjawab soalan peguam. Mungkinkah ukhuwwah ahli PAS terhadap ahli PKR lebih utuh berbanding sesama pimpinan PKR sendiri?

Babak 2

Peguam: Adakah Dato Seri setuju bahawa kenyataan Dato Seri adalah fitnah?

TGHH: Siapa orang yang saya fitnah itu?

Peguam(india): Dato Seri (TGHH), adakah benar kenyataan Dato Seri adalah satu pembohongan?

TGHH: Tidak benar. Ia adalah suatu dosa besar menurut agama Islam.

Spontan pemerhati bertakbir. Walaupun telah mengawal suara masing-masing, namun laungan AllahuAkbar tetap bergema kerana hampir keseluruhan melafazkannya serentak.

Babak 3

Peguam: Adakah Tuan Guru mengenali plaintif sebelum pada waktu tersebut?

TGHH: Tidak kenal, tidak tahu dan seingat saya tidak pernah berjumpa dengannya.

Peguam: Adakah Tuan Guru ada sebarang permusuhan dengan beliau?

TGHH: Adalah tidak munasabah saya bermusuh dengannya dalam keadaan saya tidak mengenalinya.

Spontan kami ketawa.

Seronok melihat perbicaraan TGHH berbanding saudara Azan. Suara TGHH lantang menjawab semua soalan sedangkan suara azan amat perlahan dan meleret walaupun dekat dengan microphone. Hakim terpaksa mencelah menegur Azan kerana tidak menjawab soalan yang diajukan Peguam.

TGHH sudah biasa terlibat dengan perbicaraan di mahkamah. Beliau pernah berhadapan peguam New York Post di mahkamah luar negara berhubung isu pertuduhan terrorist terhadap beliau. TGHH menang dalam perbicaraan tersebut.

Tapi saya juga bimbang reaksi-reaksi kami boleh mengundang padah kerana melanggar undang-undang mahkamah. Mungkin selepas ini kami tidak dibenarkan lagi mengikuti perbicaraan. Waliyazubillah.

Teringat pula waktu Muktamar Pemuda Pusat yang lepas. Malam muktamar menyaksikan laungan takbir bersahutan dari pemerhati selepas ada perwakilan mendedahkan kecurigaan 5 kawasan tidak sah taraf dari Johor mengundi pada pemilihan lepas.

Keesokan harinya, langsung jawatankuasa penganjur yang juga Pemuda Johor tidak membenarkan lagi pemerhati masuk ke dewan muktamar. Mujurlah ada perwakilan bingkas bangkit memohon Pengerusi tetap menjemput kembali pemerhati untuk masuk. Majoriti perwakilan bersetuju dengan permohonan perwakilan dari Selangor itu.

Harap perkara sama tidak berlaku seperti Muktamar Pemuda PAS di Johor tempohari.

(Alang Ibn Shukrimun)
0 Komentar untuk "Sekitar Perbicaraan Mahkamah Terhadap TGHH"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI