Subky Latiff: Melayu sama tiba, Lee Kuan Yew kata dulu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Subky Latiff: Melayu sama tiba, Lee Kuan Yew kata dulu


ArtikelOleh Subky Latif

SAYA tidak pernah tersentak apabila  ada orang kata Melayu sama-sama tiba ke alam Melayu dengan lain-lain kaum yang  menetap di Malaysia sekarang seperti Tan Lai Soon, perwakilan Gerakan Johor pernah kata.
   
Tan dengan kata begitu telah dikenakan tindakan disiplin oleh partinya. Tan bukan orang yang pertama membuat kenyataan begitu. Ia telah didahului oleh Lee Kuan Yew semasa mudanya dan semasa menjadi Perdana Menteri Singapura dulu.

Tindakan dikenakan kepadanya kerana Gerakan tidak bertolak ansur dengan ahlinya yang boleh mencetuskan perkauman. Memang kenyataan Lee Kuan Yew dulu telah menegangkan hubungan kaum di negara ini.
   
Saya tidak termasuk antara orang yang marahkan Lee Kuan Yew masa itu. Saya ada sikap sendiri dan ada pengetahuan atas perkara itu. Saya sengaja tidak mahu menyalahkan LKY masa itu sekalipun saya tidak setuju dengannya.
   
Saya cuba berkompromi dengan LKY atas perkara itu seperti yang pernah saya sebutkan dalam forum di Universiti Malaya ketika itu dan telah dikupas panjang lebar dalam Memoir saya berjudul Propogandis Zaman ada dalam pasaran sekarang.
   
Kompromi saya ialah saya tidak tolak kenyataan PM Singapura masa itu, Saya tidak pertahankan datuk nenak saya tiba dulu daripada datuk nenek Lee dan datuk nenek Subramaniam. Boleh jadi mereka sama-sama tiba.
    
Jika betul pendapat itu ternyatalah datuk nenek saya lebih pintar daripada datuk nenek LKY dan tok nenek saudara keturunan India kita. Atau dalam kata lain, datuk nenek mereka tidak secerdik datuk nenek saya.
    
Datuk nenek saya dulu telah berjaya membuktikan kepintarannya menjadikan wilayah negaranya dan menjadi raja kepada setiap negeri di  Semenanjung dan lain-lain wilayah di Asia Tenggara. Dan dengan kemahiran politik mereka telah menjadikan  ia negara orang Melayu sedang  kaum-kaum lain lain yang sama tiba tadi biarkan saja datuk nenek saya mendakwanya sebagai wilayah kepunyaannya.
   
Kehebatan tok nenek saya bukan sekadar menjadikan tuan di negara ini dan berjaya semua menjadikan negara  asing menerima ia sebagai negara milik Melayu.
    
Mengapa tok nenek LKY benar dan diamkan saja tok nenek saya masa itu menjadikan wilayah ini kepunyaan nereka?  Ini tanda tok nenek saya lebih pintar dan lebih cerdik daripada  tok nenek saya.
   
Kerana kebodohan tok neneknya telah menyebabkan cucu cicit tok nenek mereka telah dilihat sebagai orang datang terkemudian.
   
LKY tidak boleh salahkan cucu cicit tok nenek saya apabila mereka dikira orang  yang menjadi raja-raja dan ketuanan atas wilayah ini masa masa itu. LKY mesti sesali tok neneknya kerana  membiarkan tok nenek saya jadi raja dan pembesar di wilayah ini.
   
Soalnya ialah setujukah LKY dan Tan jika dikatakan tok nenek mereka  tidak sepintar datuk nenek saya.  Kalau LKY tidak setuju tok neneknya lebih bodoh daripada tok nenek saya, maka LKY fikir kena semula benarkah tok neneknya tiba sama masa dengan tok nenek saya?
  
Jika masing-masing sama-sama tiba, tetapi tok nenek saya yang berjaya menjadi raja dan mendakwa bumi ini miliknya, maka ia bukti tok neneknya bodoh dibandingkan desngan tok nenek saya.
   
Jika tok neneknya cerdik, tidaklah tok nenek saya dapat hak jadi raja dan hak ketuanan bagi negeri ini.
   
Jika LKY betul, bererti tok neneknya tidak sepintar tok nenek saya. Cuma sekarang saya tidak pasti adakah cucu cicit tok nenek saya lebih pintar dari cucu cicit tok nenek LKY dan Tan, ahli Gerakan yang kena tindakan disiplin itu. – HARAKAHDAILY 25/10/2014
0 Komentar untuk "Subky Latiff: Melayu sama tiba, Lee Kuan Yew kata dulu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI