(Ubah saiz teks)
Pada sidang media selepas bertemu dengan barisan Exco PKR yang baharu dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata, isterinya turut membeli kek kepada Azmin sebagai tanda sokongan terhadap beliau.
"Ia amat jarang berlaku apabila presiden parti membeli kek kepada menteri besar yang baharu," kata Anwar dalam nada berseloroh di Ibu Pejabat PKR di sini.
Barisan Exco baharu yang hadir adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Daroyah Alwi (Sementa), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia).
Anwar berkata, beliau akan meminta pentadbiran baharu untuk mengkaji semula kenaikan gaji untuk pegawai tertinggi kerajaan negeri itu yang diluluskan pada tahun lalu.
Beliau berkata PKR menyokong tindakan Azmin untuk mengkaji semula kertas cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara, perjanjian penstrukturan semula air dan beberapa kelulusan tanah
0 Komentar untuk "Wan Azizah Sokong Azmin - Anwar"